//
you're reading...
Pendapat / Opinion

Najib bermain silap mata matematik – Rafizi Ramli

PETALING JAYA 4 OKT: Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (PR) yang dibentangkan baru-baru ini adalah perbelanjaan berhemah, anti ketirisan dan ia membantu meningkat pendapatan  isi rumah khususnya kepada golongan wanita.

Sebaliknya Belanjawan 2013 Kerajaan BN  hanyalah sumbangan ‘one-off’ umpama gula-gula pilihan raya.

Demikian rumusan yang dibuat dalam forum ‘Belanjawan 2013-Perbandingan’ yang diadakan di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti di sini malam tadi.

Jelas Rafizi lagi, bajet Kerajaan BN yang mencatatkan defisit untuk tahun ke-16 berturut-turut, kali ini mencatatkan defisit 4 peratus menunjukan tiada usaha dibuat untuk mengurangkan hutang negara berbanding PR yang lebih berdedikasi untuk menurunkan defisit ke kadar 3.5 peratus.

Hutang dalam dan luar negara pada masa ini mencecah RM502 bilion menghampiri garis dibenarkan 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KDNK).

Walaubagaimanapun, Najib ketika membentangkan belanjawan baru-baru ini didapati cuba menyembunyikan angka hutang negara.

“Najib hanya cuba bermain silap mata matematik,” ulas Rafizi mengenai kesalahan angka-angka dan tindakan sengaja mencicirkan jumlah hutang negara dalam Bajet 2013 BN itu.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: