//
you're reading...
Pendapat / Opinion

Pemuda BN perlu jelaskan bayaran penuh tanah Taman Manggis 30 hari

PULAU PINANG: Kerajaan negeri menuntut bayaran penuh RM22.4 juta daripada Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk pembelian tanah seluas 0.44 hektar bersebelahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, di sini.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik berkata, kerajaan negeri bersedia untuk memberi milik tanah seluas 49,794 kaki persegi itu kepada BN dengan harga RM450 sekaki untuk pembinaan rumah PPR mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Selagi BN tidak membuat bayaran penuh maka urusan pemberimilikan tanah tidak dapat dijalankan.”

Wei Aik berkata, Kerajaan negeri memberikan tempoh 30 hari kepada BN untuk menjelaskan bayaran penuh itu, manakala Ketua Menteri Lim Guan Eng telah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi BN Negeri, Teng Chang Yeow melalui sepucuk surat yang telah dihantar ke pejabat BN Negerib baru-baru ini.

Menurutnya, pembayaran penuh itu perlu dibuat seperti yang termaktub dalam Akta Tanah Negara sebelum pemberimilikan tanah kerajaan negeri itu diberikan kepada syarikat yang telah ditubuhkan Pemuda BN iaitu Syarikat Taman Manggis Fasa II Sdn Bhd.

Beliau turut menegaskan bahawa penjulan tanah itu tidak akan memberi kesan kepada imej Pakatan Rakyat (PR) malah pihaknya tidak mempunyai masalah kerana apa yang penting bagi PR adalah kesejahteraan rakyat.

“Jika mereka nak buat PPR itu adalah baik untuk rakyat dan kerajaan negeri amat mengalu-alukan pembinaan PPR kerana kita dapat lihat Kerajaan Persekutuan masih lagi kurang memberi tumpuan untuk membina PPR di negeri ini dan dalam pembentangan bajet baru-baru ini pun hanya 70 unit rumah PPR sahaja yang akan dibina di Pulau Pinang,” katanya.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: