//
you're reading...
Berita / News

Penternak ikan sangkar di Pulau ketam tak perlu bimbang – Yaakob Sapari

SELANGOR : Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB. Dr. Hj. Yaakob Bin Sapari hari ini memaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersedia untuk menerima sampah-sampah dari kelung sangkar ikan khususnya di sekitar perairan Pulau Ketam.

Beliau turut berkata bahawa para penternak ikan sangkar tidak perlu gusar tentang permasalahan yang berkaitan dengan sampah-sarap. Beliau turut menggesa semua penternak ikan sangkar untuk  berhubung terus dengan pihak MPK kerana mereka telah menyatakan komitmen bagi memberi jalan penyelesaian kepada masalah terbabit.

Difahamkan, sebanyak 11,095 kelung sangkar yang sedang beroperasi di Klang ketika ini.

Sementara itu, Dr. Yaakob turut mengingatkan para penduduk dan penternak supaya menjaga kebersihan kawasan masing-masing.

“Penternak mestilah membersihkan sampah-sampah tersebut untuk terus dihantar ke darat dan bukannya menghantar sampah tersebut ke Pulau Ketam. Pihak MPK dah beri jaminan untuk mengutip sampah yang telah dihantar ke darat”, ujar Yaakob yang juga Exco Pertanian Negeri Selangor.

Terbaru, isu sampah-sarap ini telah dibangkitkan dalam sesi dialog “World Cafe-Open Space Technology” bersama pengusaha ternakan ikan sangkar daerah Klang di Pulau Ketam baru-baru ini.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Zakaria Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah(Tanah) Klang, Abdul Rahman Joho dan Ahli Majlis MPK, Song Sung Hwan.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: