//
you're reading...
Gossip

Analisis berita : Adakah Azmin Layak Ganti Khalid Ibrahim?

Kisah terbaru berkaitan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang membayangkan Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin bukan lagi Menteri Besar Selangor jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan diperingkat persekutuan pada PRU 13 kelak, telah mencetuskan satu lagi siri politiking dalaman parti tersebut.

Walau bagaimana pun, Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan akhbar Sinar Harian telah memutar belit kenyataannya bagi tujuan melaga-lagakan beliau dengan Menteri Besar.

Sudah menjadi rahsia umum bahawa hubungan antara Azmin, Pengerusi PKR Selangor dan Khalid Ibrahim, CEO Selangor, adalah dingin gara-gara sifat satu kapal dua nakhoda. Ini menjadikan berita tersebut bukanlah memeranjatkan dikalangan pemerhati politik semasa.

Persaingan pengaruh pucuk pimpinan PKR di Selangor sangat sengit. Sungguhpun ia lumrah dunia politik ada beberapa persoalan yang terus menjadi persoalan utama iaitu, bagaimana Pakatan Rakyat Selangor yang dipimpin oleh PKR mampu mempertahankan kemenangan mereka jika isu sebegini terus menjadi duri dalam daging.

Ketokohon Tan Sri Khalid mengurus ekonomi Selangor terbukti berkesan, ini ditunjukan dalam beberapa siri laporan kewangan negeri sejak mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri. Berbanding Azmin yang memang dikenali sebagai licik berpolitik dan bijak menyusun strategi politik dirinya dan PKR sendiri.

Ketokohan kedua pemimpin ini disifatkan oleh penyokong PKR sebagai sudah bertemu di satu titik persimpangan bahawa tidak mungkin Selangor mampu memiliki dua orang nakhoda. Salah satu perlu mengalah atau dikalahkan.

Maka, perkembangan ini sudah tentu mengundang kebimbangan rakan pakatan yang lain iaitu PAS dan DAP.

Sungguhpun niat Azmin dalam kenyataannya itu merujuk kepada keperluan Tan Sri Khalid di peringkat pusat (jika PR membentuk kerajaan persekutuan), ia tetap mengundang rasa tidak senang PAS.

Jika benar itulah niat kenyataan Azmin itu, persoalannya ialah adakah Azmin layak menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim?

Percaturan politik dalaman rupanya lebih sengit berbanding pertaruangan dengan UMNO dan BN.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: