//
you're reading...
Berita / News

RAPID di Pengerang ditolak di Selangor.

Pengerusi PKR Johor, Dato’ Chua Jui Meng berkata dalam satu kenyataannya baru-baru ini, projek Rapid telah beroperasi di Taiwan selama 52 tahun dan ia dikendali oleh syarikat China Petroleum Corporation (CPC) dan Kuo Kuong Corporation.

Tambah beliau, Presiden Baru Taiwan, Ma Ying-Jeou tidak meneruskan lesen tersebut selepas menerima tentangan daripada rakyatnya.

Jelas Jui Meng lagi, CPC dan Kuo Kuong bersama satu syarikat tempatan Everwish Sdn Bhd kemudiannya telah memohon untuk meneruskan projek itu di Pulau Indah, Selangor.

Walau bagaimanapun, kerajaan Selangor telah menolak projek ini walaupun dikatakan akan meningkatkan jumlah pelaburan asing (FDI) dengan menerima RM10 bilion setahun serta 20,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Selepas Selangor menolak permohonan tersebut, CPC dan Kuo Kuong memohon kepada Petronas untuk meneruskan projek Rapid di Malaysia.

Namun begitu, Najib yang juga selaku Pengerusi Petronas, tanpa berfikir panjang telah menerima projek itu dan mengisytihar ia akan dibangunkan di Pengerang, Johor dengan kos RM60 bilion, pada 13 Mei 2011.

“Untuk menunjukkan rasa bersyukur atas projek yang akan dilaksanakan itu nanti, Najib mengumumkan pengecualian cukai selama 10 tahun terhadap projek ini,” katanya.

Beliau turut difahamkan lagi bahawa, ketika cadangan projek itu di Pulau Indah, CPC dan Kuo Kuong memohon penggunaan tanah hanya seluas 2,889 ekar sahaja, bukan 22 500 ekar seperti yang telah berlaku.

“Jika sekadar 2,889 ekar sahaj tanah yang akan dibangunkan, ia tidak memerlukan kerajaan negeri mengambil tanah penduduk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960” katanya.

Tetapi apa yang berlaku pada hari ini ialah, jumlah tersebut telah meningkat dengan begitu besar hingga membuatkan kerajaan negeri sewenang-wenang merampas tanah seluas 22,500 ekar dengan niat membolot sebahagian tanah dengan harga yang murah.

“Ghani memperdaya penduduk Pengerang, kerana yakin tiada bantahan daripada mereka, seperti yang berlaku di Kuantan apabila penduduk membantah projek Lynas.

“Mungkin mereka merasakan Johor adalah kubu kuat Umno, dan rakyat akan menerima apa sahaja yang dilakukan oleh Umno BN,” ujarnya.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: