//
you're reading...
Gossip

Ada Gerakan Mahu Pecat Faekah ?

Borhan Aman Shah mendesak supaya setiausaha politik menteri besar negeri itu, Faekah Husin meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengeruhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau juga berharap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan sewajarnya ke atas Faekah yang “menimbulkan salah faham” apabila mengulas mengenai kenyataan timbalan presiden Azmin Ali berhubung kedudukan Khalid.

“Kita minta agar menteri besar ambil tindakan pada Faekah. Semua tahu kita minta dia dilucutkan daripada jawatan yang ada. Ada beberapa perkara yang dia buat dah jadi salah faham.

“Desakan ini daripada semua cabang PKR Selangor. Jika dia rasa ini sebagai tekanan untuk dia, terpulang sama ada menteri besar hendak ambil tindakan atau tidak,” katanya.

Faekah sebelum ini telah mempersoalkan niat Azmin (kiri) ketika memberi kenyataan kepada akhbar Sinar Harian, yang melaporkan bahawa Khalid akan dilantik sebagai menteri pusat jika Pakatan menang pilihan raya umum.

Faekah bagaimanapun tangkas mengulas perkara itu, yang menyebabkannya menerima teguran daripada timbalan pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dan setiausaha PKR negeri, Shuhaimi Shafiei.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: