//
you're reading...
Berita / News

BN Pentingkan Syarikat Dari Rakyat

SHAH ALAM : Kerajaan BN disifatkan lebih mementingkan syarikat-syarikat konglomerat seperti Sime Darby dan membiarkan rakyat terus tertekan dengan kenaikan harga barangan harian, demikian dakwa Dr. Xavier Jayakumar EXCO Negeri Selangor dalam satu kenyataannya baru-baru ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan telah bertindak menurunkan cukai ekspot minyak sawit mentah (CPO) dari 23%  ke 8% – 10% untuk memastikan agar syarikat ini terus mengaut keuntungan sungguhpun pasaran menunjukan kejatuhan harga komoditi itu sejak kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama kerajaan yang diterajui oleh BN telah gagal menyekat kenaikan harga susu tepung formula bayi yang dilaporkan naik sehingga RM15 se kg baru-baru ini. Ini ditambah dengan kenaikan harga gula sebanyak RM 0.20 sen selepas PM membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen baru-baru ini.

“Yang jelas rakyat akan terus dihimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan dan bahan api tahun hadapan dan dijangka bertambah buruk ekoran ketidak tentuan ekonomi di eropah.” Ujar beliau lagi.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: