//
you're reading...
Berita / News

Akur Pada Teguran – Faekah

 

SHAH ALAM : Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin hari ini, “akur” dengan teguran pemimpin PKR untuk tidak membuat sebarang kenyataan balas mengenai isu kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya juga dinasihati Dr Syed Husin Ali (bekas Timbalan Presiden PKR) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak wajar.” Ujar beliau.

Majlis Pimpinan PKR Selangor baru-baru ini menyatakan kekecewaan terhadap sikap Faekah yang mengkritik Timbalan Presiden Azmin Ali berhubung cadangan untuk mengangkat Khalid sebagai menteri persekutuan sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.

Timbalan pengerusinya Zuraida Kamaruddin berkata, orang kanan Khalid itu seharusnya mengelakkan diri daripada membuat sebarang komen-komen yang tidak wajar.

Faekah sebelum ini telah mengkritik kenyataan Azmin dalam membela bosnya itu.

Azmin dalam laman Twitter menyifatkan Faekah sebagai “kebal” kerana tidak diambil sebarang tindakan selepas mempertikaikan saranan beliau mengenai halatuju politik Khalid.-antarapos.com

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: