//
you're reading...
Pendapat / Opinion

Hutang Talam, TPM Patut Baca Pendedahannya.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan kembali Selangor dengan Talam adalah sangat melucukan.

Bukan sahaja Datuk Chua Tee Yong dan Datuk Seri Mohd Zin keliru tentang “Talam Debt Recovery Exercise” (Pelan Pungutan Hutang Talam) ini, kini TPM Malaysia pun turut dikelirukan mereka berdua ini.
Dalam kekeliruannya Chua pernah mendakwa Kerajaan Selangor menggunakan dana rakyat Selangor sebanyak RM1 bilion dan Mohd Zain dengan segala “kejahilan”nya mempopularkan istilah “Talam-Gate”.
Sekarang Muhyiddin nak guna ini isu Hutang Talam ini sebagai resipi dan formula kemenangan.

Saya mahu jelaskan hanya beberapa isu dahulu secara khusus sebab terlalu banyak yang hendak didedahkan bersabit kebingungan TPM dan Umno-MC-BN ini.

Ya, seluruh rakyat Selangor perlu tahu bahawa dalam pemerintahan Umno-BN di Selangor dulu lah, Pemaju Talam Corporation (kini namanya Trinity Corporation) mendapat pelbagai projek pembangunan dari kerajaan mantan MB Khir Toyo sehingga mendapat jolokan panggilan “Super-Crony Selangor” bawah Khir Toyo.

Pada waktu-waktu “kecemasannya” yang sedang mengalami tekanan dari Bursa Saham supaya melunaskan hutang-hutangnya [syarikat tersenarai (PLC) di bawah PN17 (Practice Note 17)], tahukah rakyat Selangor bahawa Talam Corp memilikki “Land Bank” sejumlah 7,000 ekar!

Jadi rakyat Selangor perlu tahu siapa yang berhutang? Bukan kami kerajaan Pakatan! Tapi zaman Khir Toyo lagi. Usaha pertama adalah menentukan hutang-hutang ini (Confirmation of Debt). Berapa banyak dan kepada siapa?

Talam berhutang kepada berhutang kepada 3 anak syarikat negeri atas pelbagai sebab dan kegagalan melaksanakan projek bersama dengan PNSB (RM28.2 juta), PIYSB (RM248.7 juta -Unisel) dan KHSB (RM115.1 juta).Jumlah ialah RM392 juta!

Berjayakah Umno pungut hutang-hutang ini dalam pemerintahan Khir Toyo?

Tidak! Umno gagal memungut hutang Talam walaupun RM1 juta dan tidak juga RM1 setelah mendakwa mereka mencuba sebanyak tiga kali (2005, 2007 dan2008). Kenyataan dan hakikat kegagalan ini mesti diberitahu kepada seluruh rakyat Selangor!

Rakyat Selangor mesti persoalkan mereka kenapa mereka gagal! Beban itu seterusnya ditanggung oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambilalih pemerintahan selepas PRU ke-13.

Apa yang berjaya dilakukan oleh Kerajaan Pakatan? Berapa banyak yang dapat dipungut kembali?
Setelah audit dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan Pengesahan Hutang Talam dibuat (Confirmation of Debt), “Kerajaan Selangor telah memasukki dua perjanjian untuk mendapatkan Talam membayar hutang mereka (Debt Settlement Agreement).

Proses yang dilakukan inilah yang sangat tidak difahami oleh Chua (MCA) dan Mohd Zin (Umno) dan kini TPM sendiri.

Hutang kepada anak-anak kerajaan negeri pun berpindah tangan kepada Menteri Besar Incoroprated (MBI) dengan proses “Round-Tripping” melibatkan anak syarikat Selangor Industrial Corporation (SIC) yang setelah meminjam RM392 juta dari CIMB yang kemudiannya membayar kepada kerajaan negeri untuk mendapat hutang-hutang itu dari 3 anak syarikanya.

Dengan duit bayaran tersebut kerajaan negeri kemudian meluluskan penggunaan wang RM392 juta itu di Dewan Undangan Negeri untuk MBI (Menteri Besar Inc) membeli hutang tersebut dari SIC.

SIC membayar kembali RM392 juta yang di pinjam dari CIMB. Itulah dia berakhirnya “Round-Tripping” tadi ketika SIC bayarbalik RM392 juta yang dipinjam dari CIMB!

Mana ada lagi wang rakyat Selangor yang Chua, Md Zain dan TPM dakwa diguna? Jangan sampai rakyat kata mereka “bengap”. Tak manis!

MBI kemudian memulakan proses “Pungutan Hutang”  dari Talam.

Berapakah yang dibayar Talam kepada kerajaan negeri dan dalam bentuk apakah bayaran tersebut?
Talam membayar dalam 4 bentuk. RM340.88 million tanah dan asset 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million; 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million; 400 ekar di Ulu Yam and 60 peratus equity dalam saham Ulu Yam Golf & Country Resort dengan nilai RM22.2 million; 134 ekar tanah di Danau Putra berharga RM52.1 million and 5 unit ofis di Menara Pandan bernilai RM11.1 juta.

Selebihnya yang berjumlah RM51.12 million dibayar dalam bentuk tunai: RM12 million dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 million “cash assignments” dari EON, RM7.68 juta kerja “earthwork di Unisel, RM9.04 juta dari jualan 25.94 ekar dari tanah di Bukit Beruntung, and RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya.

Kenyataan rasmi dari KPMG adalah amat jelas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah “a sound business decision” ― “satu keputusan yang bijak”.

Satu “bailout” adalah ditakrif dalam kewangan sebagai bantuan kewangan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang sakit atau akan mengalami kebankrapan seperti kes Perwaja, IWK dan MAS yang diberikan suntikan berbillion RM oleh kerajaan Pusat.

Kerajaan negeri, ditegaskan oleh KPMG tidak membayar walaupun RM1 kepada Talam sebaliknya Talam telah melunaskan hutang berjumlah RM392 juta kepada kerajaan negeri.

Umno-BN mempertikaikan sebahagian pembayaran tanah-tanah ini dan penilaiannya sementara mereka lupa bahawa yang melakukan penilaian adalah pihak “Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH) yang merupakan agensi kerajaan Persekutuan!

Tiga keping Tanah Danau Putra yang ditertawakan oleh Mohd Zin kerana 80 peratus dibawah air, telah selesai dijual dan mendapat pulangan yang diharapkan. Kini kerajaan Pakatan dapat kembali sebanyak 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million, 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million dan 400 ekar di Ulu Yam.

Tanah adalah sangat berharga dan tidak boleh “digadaikan” kepada pihak swasta dan kroni mana-mana penguasa politik! Itu pengkhianatan terhadap rakyat di negeri dan negara ini namanya!

Jelasnya TPM gagal memahami seluruh proses “Pungutan Hutang Talam” dan kini berdepan dengan kenyataan beliau akan dimalukan seandainya Talam mahu dijadikan resipi dan formula untuk memenangi dan merampas kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat.

Umno-BN lah “pengkhianat”sebenar kepada rakyat Selangor yang telah memberikan kepada segala “pemberian tanah secara mudah”, gagal memungut hutang pihak pemaju yang merupakan “super-kroni MCA” dan mantan MB Umno itu, dan mentohmah kami dalam usaha memungut hutang Talam.-TMI

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: