//
you're reading...
Gossip

Mustafa Ali Perang Dingin Dengan Azmin?

Kini telah wujud pergeseran antara Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Keadaan semakin panas apabila Mustafa Ali telah berlaku sinis dengan menganggap bahawa Azmin adalah anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut terlalu bercita-cita tinggi.

Malah beliau yang dikenali sebagai orang kanan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berkias dan sinis memberitahu, sebagai orang tua, beliau faham perasaan dan cita-cita politik seorang pemimpin muda seperti Ahli Parlimen Gombak itu.

Sebelum ini Azmin dilaporkan telah menyifatkan Mustafa Ali sebagai orang tua yang cepat melatah. Perang dingin ini muncul setelah Azmin mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa Selangor mungkin mendapat Menteri Besar baru jika PR berjaya menawan Putrajaya.

Dalam keadaan persediaan menghadapi pilihanraya ke 13 yang semakin hampir, penganalisis politik berpendapat bahawa pergeseran ini boleh menyumbang kepada ketidaktentuan sokongan kepada Pakatan Rakyat khususnya PKR.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: