//
you're reading...
Berita / News

PKNS belanja RM1.1 bilion untuk Rumah Mampu Milik

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang merupakan pemaju hartanah gergasi kepunyaan Kerajaan Negeri, membelanjakan RM1.1 bilion dalam bentuk subsidi untuk membekalkan 12,242 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di seluruh negeri.Manakala keuntungan yang dijana PKNS disalur semula ke dalam projek perumahan rakyat seperti RMM dan pembangunan semula projek rumah terbengkalai.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, falsafah  perniagaan PKNS ialah apabila membuat keuntungan, keuntungan itu akan disumbangkan semula kepada masyarakat di Selangor dalam bentuk projek sosial.

Oleh itu, (PKNS) hanya membuat keuntungan dalam 10 peratus projek pembangunannya manakala 90 peratus yang lain bagi memenuhi objektif sosial seperti membekal rumah mampu milik.

Fakta tersebut bagi menyangkal dakwaan daripada sesetengah pihak bahawa PKNS hanya membuat keuntungan menerusi projek perumahan mewah dan mengabaikan perumahan berbentuk sosial.“Kalau dibandingkan dengan organisasi lain, di mana mereka (pemaju perumahan swasta) buat keuntungan dan keuntungan itu akan menjadi dividen kepada pemegang sahamnya.

“Dari segi ini, pemegang s a h a m   P K N S   i a l a h   r a k y a t Selangor.“Lagi banyak keuntungan kita buat maka lebih banyak sumbangan yang boleh kita berikan dari segi projek sosial atau tanggungjawab sosial korporat,” katanya dalam sidang media di sini “90 peratus daripada rumah yang kita bina adalah kurang daripada RM400,000 seunit dan lebih daripada 55 peratus adalah kurang daripada RM200,000.

“Jadi kebanyakan rumah ini adalah Rumah Mampu Milik, malah rumah mewah yang kita bina seperti banglo dan yang lain pun dirasakan mampu dimiliki kerana bila kita jual kadar harganya adalah lebih rendah dari harga pasaran, iaitu kurang 15 ke 20 peratus.

“Satu lagi persepsi salah ialah Kerajaan Negeri menganugerahkan tanah secara percuma kepada PKNS.

“Tetapi kita terpaksa membayar (tanah tersebut) pada harga pasaran,” ujarnya.-selangorkini

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: