//
you're reading...
Pendapat / Opinion

Pengerang – Pembangunan Untuk Siapa?

Projek hab RAPID yang akan dibina di Pengerang, Johor kelak diuar-uarkan akan membawa pembangunan dan manfaat yang nyata untuk anak negeri di Tenggara Johor. Tetapi betulkah ia seindah apa yang digambarkan?

Tinjaun Roketkini baru-baru ini mendapatkan pandangan berbeza daripada sebahagian penduduk Pengerang. Mereka menceritakan tentang kehidupan mereka sebelum bermulanya projek RAPID ini.

Antara bidang pekerjaan yang pertama terjejas akibat projek RAPID ini ialah penangkapan ikan. Jaafar, warga Pengerang pertengahan usia adalah seorang nelayan yang beroperasi dari Kampung Gambut dan menangkap ikan dipersisiran pantai situ, yang terletak kira-kira 15-20 km dari dekat Pengerang .

“Pendapatan kami sebagai nelayan tidak tetap, naik turun hasil tangkapan itu lumrah. Adakala, kami mampu memperolehi RM 1000 untuk pendapatan sebulan,” katanya.

“Tapi sejak bermulanya penambakan laut projek RAPID, pendapatan kami terjejas teruk. Sekarang ia jatuh ke RM 200-300 sebulan. Kami juga terpaksa berlayar lebih jauh lagi untuk menangkap ikan. Akibatnya, kos minyak kami pun naik,” jelasnya penuh gundah.

Antara faktor yang menjejaskan hasil tangkapan mereka ialah pencemaran air laut di sekitar Pengerang.

“Sekarang kapal pengangkut pasir kerap berulang-alik di perairan Kampung Gambut mengorek pasir, air laut dikacau. Arus air dari arah tambak laut itu juga bertukaran hala, menjejaskan kualiti air untuk pembiakan ikan.”

“Adakala pukat kami juga dilanggar sehingga rosak oleh kapal pengangkut pasir ini. Kami sudah beberapa kali membuat laporan polis tentang perkara ini, tetapi hingga sekarang tiada berita lagi daripada mereka.”

Seperkara yang mengelisahkan Jaafar ialah penempatan semula para nelayan yang beroperasi di perairan Pengerang ke Tanjung Tembuang.

“Disini ada diantara 70-80 orang nelayan. Lepas ini bila semua nelayan di Pengerang dipindah ke sini, kami akan terpaksa bersaing dengan 300 hingga 400 nelayan yang lain untuk tangkapan yang semakin berkurangan.”

Kehidupan seorang lagi nelayan yang beroperasi di Sungai Kapal, Pengerang, Lim Yu Sim, turut juga terjejas dengan projek penambakan laut untuk terminal laut dalam syarikat Dialog yang kebetulan terletak di perairan sekitar Sungai Kapal.

“Sebelum bermulanya projek penambakan itu, pendapatan saya agak lumayan. Dalam musim penangkapan yang baik, pendapatan saya boleh mencecah hingga RM 15,000 sebulan; untuk musim penangkapan yang rendah, paling kurang pun RM 1000 hingga RM 3000 sebulan.”

“Kini hasil penangkapan saya jatuh lebih daripada 50 peratus sebulan. Tambahan pula, kerapkali saya dihalau dari menangkap ikan disekitar kawasan ini.”

Projek RAPID yang disebut sebagai projek pembangunan terbesar dalam sejarah Malaysia dikatakan berpotensi mewujudkan sebanyak 40,000 peluang pekerjaan.

Tetapi persoalannya ialah, adakah anak penduduk Pengerang berpeluang mendapat pekerjaan di hab minyak dan gas RAPID ini? Adalah mereka mempunyai kemampuan untuk bekerja dalam bidang teknologi canggih seperti hab minyak dan gas RAPID ini?

Penulis teringatkan sindiran seorang penduduk di Pengerang: “Jangan akhirnya penduduk Pengerang apapun tak dapat, akhirnya 80 peratus daripada peluang pekerjaan ini pergi kepada warganegara Bangladesh dan Indonesia!” – Roketkini.com

Saksikan laporan khas isu Pengerang di http://www.youtube.com/watch?v=JgTf3BddRhA

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: