//
you're reading...
Berita / News

Projek RAPID Pengerang – PKR tukar pendirian

KUALA LUMPUR : Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berubah nada mengenai isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor dan mereka mahu melanjutkan tempoh masa penilaian serta mengkaji semula pertimbangan asas ekonomi projek mega ini.

Wong Chen yang juga Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR berkata PKR akan menjalankan program melibatkan masyarakat tempatan secara trasparen dan telus, serta akan melambatkan tarikh Keputusan Akhir (FID).

“Kami akan memberikan rakyat Pengerang masa yang mencukupi untuk menyuarakan pandangan mereka. Dengan pengetahuan yang penuh dan jelas, mereka boleh membuat pilihan yang bebas.

“Sekiranya kami mendapati projek ini patut dibuat di Pengerang, maka penduduk Pengerang akan diberi pampasan yang adil tanpa gangguan politik,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang berucap mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat akan menghentikan projek tersebut sekiranya pakatan itu berjaya menguasai Putrajaya.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: