//
you're reading...
Berita / News

Kabinet Bayangan Mainan PR – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun  Razak menyifatkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat hanya mengelirukan rakyat.

Malah beliau berpendapat pada asasnya mereka (PR) tidak mampu memberi keuntungan politik.

“Sebenarnya ini semua hanya permainan mereka untuk mengelirukan rakyat sebab pada asasnya mereka tidak boleh berbuat sesuatu yang memberi keuntungan politik.” Katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Menara Dato’ Onn PWTC di sini, kelmarin.

Najib berkata, salah satu keperluan dalam sistem demokrasi model Westminster seperti di England iaitu menubuhkan sebuah kabinet bayangan ketika menjadi pembangkang.

Menurut Najib kabinet bayangan ini menjadi asas untuk rakyat menilai sama ada pembangkang itu berwibawa atau pun sebaliknya.

Bagaimanapun Najib berkata, dalam  hal tersebut Pakatan tidak berbuat demikian.

Bajet alternatif PR

Dalam perkembangan berkaitan, menyentuh mengenai bajet alternatif pembangkang, beliau berkata ia tidak mendapat tumpuan terutama para penganalisis.

Beliau berkata penganalisis menyifatkan bajet alternatif tersebut tidak mampu bertahan dari segi kredibiliti dan kemampanannya.

“Mereka (penganalisi) merasakan bajet itu tidak dapat dipertahankan dari segi kredibiliti dan juga kemampanannya untuk melaksanakan segala yang dijanji yang telah dimuatkan. Katanya yang juga Menteri Kewangan.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: