//
you're reading...
Berita / News

Mana 50 buah lori sampah itu? – BN Selangor

SELANGOR : Dato’ Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang juga Koordinator BN Selangor mendakwa sejumlah 50 buah lori sampah yang bernilai RM 14.5 juta yang dibeli oleh kerajaan negeri tidak diketahui stausnya.

“Sehingga kini kesemua lori yang menelan belanja RM14.5 juta itu tidak kelihatan sedangkan masalah sampah di Selangor semakin buruk,” dakwa Zin.

Beliau turut menambah, “Sehingga kini persoalannya, mana lori-lori sampah ini? Kenapa kerajaan negeri masih belum menerima sebarang lori baru seperti yang dikatakan itu?”.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) yang dikendali BN Selangor menerima aduan berkaitan masalah sampah hampir setiap hari dan ia membuktikan kerajaan negeri masih gagal menyelesaikan masalah tersebut.

Sebelum ini Khalid mempertahankan keputusan pembelian 50 buah lori kompaktor tersebut, selain menyatakan ia memberi penjimatan kepada kerajaan negeri.

Kerajaan negeri turut menafikan keputusan menyemak semula pembelian tambahan 50 kompaktor sampah buatan China membabitkan kos RM14.5 juta untuk menyelesaikan masalah kutipan sampah di Selangor mempunyai kaitan dengan pembaziran.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: