//
you're reading...
Berita / News

Menteri Besar sanggup pertimbang desakan penduduk ?

SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan bersedia untuk mempertimbangkan permintaan segelintir penduduk yang mahu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambilalih hutang rumah mereka.

Menurut beliau, senarai nama para pembeli rumah terlibat disemak di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan didapati hanya sebilangan kecil pembeli yang tidak berkemampuan.

“Kita akan adakan perjumpaan dan meminta pertolongan LZS dan JKM kerana ianya bukan menjadi tanggungjawab kerajaan negeri tapi ini tanggungjawab bahagian kebajikan.” Ujar Tan Sri.

“Bagi yang layak, kalau tiada keupayaan kita boleh ambil rumah mereka (pembeli) dan mereka bayar sewa paling rendah. Jika tak mampu tak perlu beli,” tegasnya.

Sebelum ini, lebih 200 penduduk sekitar Shah Alam, Kelana Jaya dan Petaling Jaya mengadakan bantahan beberapa kali di Ibu Pejabat PKNS, Seksyen 13, Shah Alam.

Mereka menggesa PKNS melupuskan hutang pembeli hartanahnya yang berjumlah RM50 juta.
Mereka berpendapat jika benar PKNS sanggup membantu kerajaan negeri melangsaikan hutang Talam Corporation berjumlah RM392 juta, maka perbadanan itu juga harus membantu mengambil alih hutang penduduk yang berpendapatan rendah di Selangor.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: