//
you're reading...
Berita / News

S’gor temui kaedah rawatan air lebih murah

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah menemui kaedah rawatan air alternatif yang lebih murah dari membina loji rawatan air Langat 2.

Menurut beliau, perbelanjaan untuk menyediakan air terawat ini tidak lebih dari RM800 juta berbanding projek Langat 2 yang dianggarkan menelan kos setinggi RM3 bilion.

Katanya, perkara itu akan dibawa dalam perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.

“Kita diberi taklimat daripada perunding Kanada dan mereka menyatakan bahawa jika menggunakan teknologi membran maka ia dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran air di loji sedia ada sebanyak satu juta liter sehari, sama dengan pengeluaran loji Langat 2.

“Menurut penilaian yang mereka jalankan, kos untuk menyediakan air terawat ini tidak melebihi RM800 juta berbanding pembinaan loji Langat 2 kos yang menelan belanja di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Baru-baru ini, Muhyiddin berkata Kerajaan Pusat memutuskan bahawa Langat 2 akan diteruskan walaupun tanpa mendapat persetujuan dan kebenaran kerajaan negeri Selangor.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: