//
you're reading...
Gossip

Hasan Ali ejen UMNO

Baru-baru ini, seorang ahli PAS yang telah dipecat PAS mendesak supaya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan Mursyidul Am dan digantikan dengan Harun Din jelaskan menunjukan keadaan sebenar Datuk Dr Hasan Ali sebagai alat Umno.

Malah khabarnya, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan telah berkata bahawa kenyataan bekas anggota Exco Selangor itu selari dengan kehendak Umno.

“Beliau tidak berhak membuat desakan tersebut kerana beliau bukan lagi ahli PAS” katanya pada satu kenyataan di sini.

Hasan dalam laporan media tajaan Umno semalam dilaporkan mendesak Mursyidul Am PAS berundur dan menyerah jawatan kepada timbalannya, Datuk Dr Harun Din.

Kenyataan itu juga turut disokong oleh seorang lagi bekas pemimpin PAS, Datuk Nakhaie Ahmad.

Dr Mohamed Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tindakan Hasan cuba melagakan Mursyidul Am dan timbalannya dianggap sebagai suatu tindakan yang berniat jahat dan jelas menyembunyikan agenda tertentu.

“Mursyidul Am PAS mendapat sokongan padu ahli-ahli dan penyokong PAS. Keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat adalah keputusan bersama PAS Pusat. Ia bukan keputusan seorang  individu.”

“Baru masuk PAS terus diberi kepercayaan menjadi Naib Presiden, menang dua kerusi Dun dan Parlimen serentak atas tiket PAS, kemudian pegang Exco juga atas tiket PAS, namun hari ini mengambil sikap bermusuh pula dengan PAS,” katanya.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: