//
you're reading...
Berita / News

Laporan AG – Prestasi Selangor Meningkat

SHAH ALAM, 15 OKT: Kedudukan kewangan Kerajaan Selangor diklasfikasikan sebagai “baik” oleh Jabatan Audit Negara dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan.

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 mencatatkan peningkatan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM1.944 bilion.

Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM 357.13 juta berbanding RM1.58 bilion pada tahun 2010.

Kerajaan Negara berjaya meningkatkan simpanan walaupun terus melaksanakan pelbagai program meringankan beban rakyat seperti diskaun cukai pintu rumah kos rendah, pemberian air pecuma 20 metre padu dan Jom Shopping.

Kerajaan Negeri turut mencatatkan peningkatan hasil sebanyak RM 62.50 juta dari RM 1.571 bilion pada 2010 kepada RM 1.634 bilion pada 2011.

Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri telah mencatatkan surplus sejumlah RM 180.50 juta berbanding surplus RM 124.24 juta pada tahun 2010.

Demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

“Prestasi kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2011 meningkat daripada tahun 2010 dengan peningkatan lebihan hasil berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan,” menurut laporan tahunan itu.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: