//
you're reading...
Berita / News

Surplus Pulau Pinang meningkat 312%, wang rakyat dijimatkan

GEORGE TOWN, 16 OKTOBER: Lebihan surplus yang meningkat sebanyak 312% merupakan rekod yang paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang dengan jumlah RM138 juta pada 2011 Berbanding RM33 juta sahaja pada 2010.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini, pencapaian ini adalah hasil  usaha gigih rakyat negeri tersebut dan semangat kerja berpasukan semua anggota pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengamalkan pentadbiran Cekap Akauntabel dan Telus (CAT).

Pun begitu, katanya, kerajaan negeri Pulau Pinang sedia menerima teguran Laporan Ketua Audit Negara dengan hati yang terbuka.

Menurutnya, beliau telah pun mengarahkan jawapan daripada semua jabatan berkenaan sekiranya ada kelemahan yang harus diperbaiki maupun ada teguran audit yang tidak berasaskan fakta atau disebabkan kesilapan pihak lain yang sebenarnya tidak pun melibatkan kerajaan negeri.

Menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul, Guan Eng berkata bahawa baki RM362.3 juta yang tidak dibelanjakan itu adalah disebabkan oleh dua perkara utama dimana RM100 juta yang diperuntukkan untuk pengambilan tanah hub pendidikan Asian Women Leadership University (AWLU) di Kampung Genting, Balik Pulau tidak dibelanjakan.

“Ini disebabkan AWLU bersetuju untuk memilih tapak kerajaan negeri di Pondok Upeh, maka pengambilan tanah di Kampung Genting dibatalkan dan kos RM100 juta dijimatkan,

“RM262.3 juta yang diperuntukkan untuk membayar hutang pinjaman projek bekalan air pula tidak perlu lagi dibelanjakan selepas perjanjian penghijrahan aset air kepada kerajaan persekutuan menerusi Perbadanan Asset Air Bhd(PAAB),”

“Keseluruhannya Ketua Audit Negara telah menyatakan bahawa kerajaan negeri berjaya merekodkan pencapaian yang baik dari segi bilangan projek yang berjaya disiapkan,” ujar beliau. – Roketkini.com

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: