//
you're reading...
Berita / News

PR mahu kerajaan tangguh AES

KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat menolak alasan perlaksanaan kerajaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, alasan AES perlu diteruskan sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut tidak munasabah dan tidak boleh diterima.

Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN itu berkata, sistem tersebut hanya untuk mengkayakan kroni Umno BN.

“Kroni-kroni Umno BN meraih keuntungan daripada projek ini. Kita mahu Umno BN melaksanakan sistem ini dengan telus kerana ia melibatkan wang rakyat, malah kamera dipasang di tempat yang tidak munasabah, seolah-olah sengaja mencari kesalahan rakyat,” ujar beliau

Menurut Abdullah Sani, kutipan lebih 2,000 saman dalam masa dua hari bukti kerajaan sekadar ingin ‘membuat’ duit melalui kutipan saman.

“Ia mencerminkan kerajaan yang tidak prihatin, apatah lagi untuk membela rakyat,” katanya sambil menegaskan pelaksanaan AES perlu ditangguh dan disemak semula.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar berkata, alasan bahawa AES perlu diteruskan sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut tidak boleh diterima dan mengecewakan.

“Bukan soal kelajuan yang menjadi punca. Kalau bawa perlahan pun tetapi salah lorong boleh membawa kemalangan juga. Alasan itu tak boleh diterima.

“Sebab itu kita mintak kerajaan tangguh dulu penguatkuasaan AES ini dan runding dahulu dengan semua pihak,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri berkata, kerajaan tidak berhasrat memansuhkan pemasangan kamera AES di 831 lokasi di seluruh negara.

Beliau berkata, langkah itu akan diteruskan kerana kerajaan melihat AES sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekaligus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.

Sistem itu yang beroperasi pada fasa percubaan sejak 23 September lepas telah merekodkan sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: