//
you're reading...
Berita / News

Rakyat Selangor kecapi pelbagai nikmat

SHAH ALAM: Rakyat Selangor kini dapat merasai perbezaan melalui perubahan yang dilakukan dan mengecapi pelbagai nikmat selepas Pilihan Raya Umum 2008, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, rakyat negeri ini dapat menikmati pelbagai manfaat melalui pentadbiran yang telus dengan penganjuran pelbagai program dan bantuan seperti pemberian air percuma, skim bagi warga emas dan wanita serta tuisyen percuma bagi pelajar-pelajar di negeri ini.

“Cara kita mengurus negeri ini menunjukkan Selangor merupakan di antara negeri yang terbaik pentadbirannya.  Jika dilakukan perbandingan dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelum ini kita ternyata lebih baik.

“Prestasi cemerlang Selangor dalam bidang ekonomi dan pentadbiran diakui Ketua Audit Negara dalam laporannya,” kata beliau kepada penduduk Ijok semalam.

Abdul Khalid berkata, sejak beliau memulakan rombongan Jelajah Merdeka Rakyat di beberapa kawasan di Selangor seperti di Desa Air Hitam, Puchong dan Pantai Morib, Kuala Langat, kehadiran rakyat di setiap ceramah amat menggalakkan dan mendapat sokongan ramai.

“Biarpun hujan lebat pada pagi dan petang, ianya tidak mematahkan semangat penduduk di setiap kawasan yang dikunjungi untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar amanat dan mesej yang dibawa oleh pemimpin Pakatan,” terang beliau.

Selain Puchong, Kuala Langat dan Ijok, rombongan semalam turut mengunjungi Pandamaran di Klang dan Kampung Assam Jawa di Kapar sebelum mengakhiri perjalanan di parkir Stadium Shah Alam.

Abdul Khalid MB terbaik

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapannya di Shah Alam, memuji pentadbiran Abdul Khalid sambil menyifatkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang terbaik.
“Saya akui beliau merupakan seorang yang sangat cermat dan berkira dalam menguruskan wang di negeri ini.

“Tetapi sikap inilah yang diperlukan seorang pemimpin bagi menjamin wang negeri ini dikembalikan kepada rakyat untuk menikmatinya,” katanya di hadapan kira-kira 6,000 hadirin.

Katanya, integriti tinggi yang dimiliki Abdul Khalid menyebabkan negeri ini mampu mempunyai rizab simpanan sehingga RM2.2 bilion walaupun membelanjakan wang yang banyak bagi program bantuan rakyat seperti skim air percuma, Jom Shopping, TUNAS dan Sri Kembar.

“Dahulunya bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa Selangor akan bankrup jika berhasrat memberikan air percuma.

“Tetapi dengan pentadbiran yang telus dibuktikan oleh Abdul Khalid, simpanan negeri meningkat daripada RM1 bilion kepada RM2.2 bilion walaupun memberikan pelbagai kemudahan kepada rakyat,” kata Ketua Pembangkang itu.-FMT

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: