//
you're reading...
Gossip

Gosip : Shahrizat terpaksa sokong Raja Nong Chik jadi calon Lembah Pantai?

Khabarnya Datuk Seri Shahrizat Jalil kini telah menyatakan sokongannya kepada Datuk Raja Nong Chik sebagai calon tunggal Barisan Nasional (BN) kawasan parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya akan datang.

Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan kebajikan masyarakat itu dilaporkan berkata, tidak ada siapa yang lebih layak selain menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar itu kerana kerja keras Raja Nong Chik di kawasan tersebut.

“Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun yang lalu, cuma hari ini saya umumkan.

Raja Nong Chik pula berkata, hubungan beliau dengan Shahrizat tidak pernah putus walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau menjadi punca karier politik Shahrizat berakhir.

“Sebenarnya yang nak sangat kami gaduh cuma pembangkang, mereka seboleh-boleh mahu Umno berpecah supaya mereka menang dengan mudah.

“Kalau parti Umno ini bersatu padu, mustahil pembangkang akan menang,” ujar Raja Nong Chik lagi.

Gosip tentang peranan Raja Nong Chik dalam kes Shahrizat iaitu NFC yang didedahkan oleh pembangkang telah tersebar meluas dikalangan pemerhati politik. Apatah lagi Shahrizat dilihat telah gagal setelah kalah kepada Nurul Izzah dalam pilihanraya 2008 yang lalu. Dan perang politik antara Raja Nong Chik dengan Nurul Izzah telah menguatkan lagi khabar angin bahawa Raja Nong Chik memang mengidam kerusi Lembah Pantai tersebut.

Pemerhati politik berpendapat bahawa dengan sokongan Sharizat ini, jelas menunjukan bahawa masa depan politik Shahrizat semakin suram. Kejayaan Nong Chik dalam perebutan kerusi Lembah Pantai telah dianggap berjaya.

Adakah sokongan ini adalah sokongan sejati atau ia sebahagian daripada pakej ‘penamatan kontrak’ antara Sharizat dan UMNO? Sama-sama kita saksikan nanti.

Jumlah pengundi berdaftar di Lembah Pantai pada tahun 2008 ialah 56,650 dengan 52 peratus pengundinya ialah Melayu, 26 peratus kaum Cina dan India 21 peratus.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: