//
you're reading...
Gossip

Khairy menjala isu IPP, terdesak untuk raih perhatian Najib untuk kekal calon PRU 13

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin terus menerus cuba untuk menarik perhatian Presiden UMNO, Najib Razak untuk kekal menjadi Ahli Parlimen. Ini tidaklah menghairankan pemerhati politik kerana umum mengetahui bahawa Najib tidak begitu ‘tertarik’ dengan Khairy sebagai pemimpin dalam barisan kabinet beliau.

Namun, difahamkan bahawa Khairy terus berusaha untuk memenangi perhatian bosnya itu dengan gerakan terbaru iaitu, beliau telah mula memainkan isu pemilikan saham Kerajaan Negeri Selangor menerusi Worldwide Holdings (anak syarikat PKNS) dalam IPP Genting Sanyen.

Latar Belakang isu

25% saham Genting Sanyen dimiliki oleh Worldwide sejak dari era pemerintahan BN dan konsesi itu kini berada di penghujungnya. Pembelian saham majoriti IPP Genting Sanyen oleh 1-MDB pada RM2.5 bilion dikira amat tinggi (6 kali ganda nilai buku) sedangkan ketika itu konsesi hampir tamat.

Selepas pembelian oleh 1-MDB, Suruhanjaya Tenaga melanjutkan konsesi tersebut selama 10 tahun. Seolah-olah keputusan tersebut telah diketahui lebih awal lagi.

Pihak pengurusan PKNS sememangnya berhasrat menjual kepentingannya dalam IPP Genting Sanyen, namun ia tidak mahu kerugian dengan menjual sewenang-wenangnya.

Setelah 1-MDB membeli saham Genting Berhad, PKNS melipat ganda untuk menjual saham milikan mereka dengan para pelabur dalam dan luar negeri.

Oleh itu, tidak timbul soal bahawa Kerajaan Negeri Selangor hipokrit sedangkan pihak pengurusan PKNS bertungkus lumus bertindak secara penuh hemah untuk menjual saham tersebut dengan tidak mengalami kerugian.

Maka disinilah peranan yang cuba dimainkan oleh Kahiry dan juak-juaknya untuk mengambil kesempatan memburuk-burukan kerajaan negeri dalam usaha beliau untuk terus kekal sebagai calon UMNO di PRU-13, dia tidak boleh dilihat sebagai seorang ‘water carrier’ dalam UMNO.

Namun demikian, pada masa yang sama Senator Ezam menerusi juak-juak beliau Hamidzun, Azwanddin dan SD Johari terus-menerus menganjurkan demonstrasi terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan PKNS; manakala, Mukhriz Mahathir dengan bantuan bapanya, Dr Mahathir, sedang mengasak Kerajaan Negeri Kedah dan memprojek dirinya sebagai calon Menteri Besar UMNO.

Perkembangan ini menyebabkan Khairy merasa terpinggir kerana beliau dilihat ketandusan isu dan tidak dilihat sebagai calon boleh menang oleh Najib Tun Razak.

Pemerhati politik percaya bahawa tindakan desperado Khairy ini juga bertujuan untuk memeastikan pengaruh Mukhriz dan Senator Ezam berjaya dikekang.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: