//
you're reading...
Gossip

Noh Omar seleweng fakta, satu lagi kes melobi Najib

Dato’ Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang sememangnya diketahui umum, sangat kuat melobi untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor kini terus-menerus mengesahkan ketidak mampuan beliau untuk mentadbir dan mengurus negeri paling maju di dalam negara.

Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil jelas merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin malah bersikap penipu.

Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).

Namun sebaliknya, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak pernah dijual kepada pihak luar. Bagi pemain industri dibahagian korporat melihat indakan Noh Omar ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan ‘ignorance’ Noh dalam hal-hal ekonomi dan perniagaan.

Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Kesemua ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki.

Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana kelemahan beliau dalam urusan pentadbiran dan pengurusan ekonomi.

Bala akan menimpa rakyat Negeri Selangor jika pemimpin sebegini diangkat menjadi Menteri Besar.

Dalam perkara yang sama, tindakan Noh ini juga mengesahkan pergelutan hebat di dalam UMNO untuk memenangi hati Perdana Menteri untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor dalam PRU 13 yang akan datang. Kem-kem Noh, Ezam Md Noor, Khairy Jamaludin dan FD Iskandar sedang giat melobi PM.

Pergelutan ini akan berterusan menjelang PRU 13.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: