//
you're reading...
Gossip

Kes RM10 juta Mohamad Hassan, timbul semula.

 

KUALA LUMPUR : Khabarnya Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan lanjut untuk mendapatkan keterangan saksi luar Negara di bawah Akta 621, Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 melibatkan pemindahan wang berjumlah RM 10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Hassan pada tahun 2008.

Demikian antara jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Nazri Aziz di Parlimen baru-baru ini.

Kita jadi hairan bagaimana seorang Menteri Besar di negeri yang mana prestasi pembangunan ekonominya tidaklah sehebat Selangor ( seperti yang dibuktikan oleh Muhamad Taib dengan kes wang haram RM3.8j yang sangkut di Australia ) boleh memindah wang dengan jumlah yang sangat besar ke luar negara tanpa kebenaran atau pengetahuan Bank Negara.

Pemindahan wang yang berlaku pada tahu 2008 ini menimbulkan beberapa persoalan yang penting, duit apakah itu? Dari Mana MB N.Sembilan itu mendapatnya? adakah itu wang tabungannya sejak kecil? Dan, kemanakah duit itu pergi dan atas urusan apa? urusan rasmikah atau urusan peribadi?

Selain itu adalah jelas bahawa, undang-undang negara ini telah menetapkan setiap urusan pemindahan wang ke luar negara yang melibatkan jumlah yang besar perlu melalui prosedur dan kebenaran Bank Negara.

Hasssan sebelum ini didakwa memindahkan wang tersebut pada Mac tahun lalu melalui syarikat Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd. Dan telah disiasat oleh Bank Negara pada 2009 berhubung perkara tersebut.

Rentetan daripada siasatan tersebut, Bank Negara telah membatalkan 20 lesen perniagaan pengurupan wang pada 26 September 2009.

Menurut satu sumber, pada 20 Oktober 2011, jawapan yang diberi menteri ialah SPRM telah pun menyelesaikan siasatannya dan jawapan terakhir pada Mei 2012 lalu, Peguam Negara telah beri arahan untuk siasatan lanjut. Tetapi hingga kini, kes tersebut masih tergantung.

Pemerhati politik melihat kes ini dengan beberapa persoalan – Adakah wujud beberapa pihak yang sedang cuba menumbangkan Muhammad Hassan? Jika benar, puak mana pula dalam UMNO yang sedang merancangnya?

Nantikan kesudahan drama UMNO ini.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: