//
you're reading...
Gossip

Kumpulan Ultra Melayu dalam UMNO serang Nur Jazlan?

JOHOR – Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA Holdings diserang kerana beliau tidak membenarkan ahli politik dan oportunis ‘projek’ untuk mendapat habuan daripada UDA Holdings.

Disebabkan itulah, UDA diserang kononnya meminggirkan kontraktor Melayu daripada pemberian projek dan kontrak.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Perkasa dan organisasi-organisasi Melayu lainnya memainkan isu ini di media sehinggakan projek pembangunan semula Penjara Pudu terpaksa dibatalkan oleh Kementerian Kewangan daripada diberikan kepada syarikat antarabangsa daripada China.

Bidaan daripada syarikat China tersebut merupakan nilai tertinggi yang diterima oleh UDA dan akan memberikan keuntungan lumayan kepada UDA.

inilah budaya UMNO yang sudah sebati dengan ahli-ahlinya iaitu dengan menagih kontrak dari GLC, konsep merit tidak diterima malah ditolak oleh kumpulan-kumpulan yang berkepentingan yang turut didokong oleh pembesar-pembesar dalam UMNO yang mengidamkan jawatan Pengerusi UDA, Ahli Parlimen Pulai dan juga Ketua Bahagian Pulai.

Hinggakan Nur Jazlan yang cuba membawa budaya baru dalam UMNO turut diserang oleh ahli UMNO sendiri.

Ini ditambah pula dengan Nur Jazlan yang sememangnya dikenali sebagai seorang ‘lone ranger’ dalam UMNO Johor dan tidak sehaluan dengan warlord-warlord seperti Ghani Othman, Khaled Nordin, Razali Ibrahim dan Muhyiddin Yassin.

Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengintai kerusi parlimen Pulai memainkan isu ini untuk menjatuhkan anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat ini.

Agenda Melayu merupakan senjata ampuh untuk menyerang kredibiliti sesetengah pihak seperti Khairy yang menjadi Pengerusi PUNB dan Azman Mokhtar yang juga Pengarah Urusan Khazanah.
Sedangkan isu sebenarnya adalah projek dan kontrak yang dikejar dengan didokong oleh kepentingan politik sesetengah pihak.

Pemerhati politik berpendapat usaha beberapa puak elit Melayu dalam UMNO sedang memasang ranjau yang cukup hebat dalam mengekang kebangkitan moderat-moderat dalam UMNO. Apakah UMNO mahu terus dengan budaya Mahathirisme? Kita nantikan pertarungan politik dalaman UMNO yang lebih hebat dari pertarungan dengan Pakatan Rakyat ini.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: