//
you're reading...
Berita / News

BN yang luluskan projek kondominium di Batu Caves

SELANGOR —Dakwaan oleh ahli politik Barisan Nasional (BN) ke atas kerajaan PR Selangor mengenai pembinaan kondominium di Batu Caves sama sekali tidak berasas.

Penjelasan oleh pemimpin Gerakan, senator A. Kohilan Pillay kelmarin adalah satu pembohongan kerana menafikan “Kebenaran Merancang” adalah kelulusan kepada pemaju untuk laksanakan pembangunan.

‘Kebenaran Merancang’ adalah kelulusan kepada pemaju untuk membina projek tersebut.

Bekas ahli majlis Perbandaran Majlis Selayang (MPS) itu dibidas kerana berlakon tidak tahu tentang projek kondo, Dolomite Park Avenue tersebut.

Pelan pembinaan tersebut meliputi lot kedai dan kondo yang diluluskan oleh MPS pada tahun 2007.

Jelas sekali dalam pelan tersebut ada menyatakan tentang pembinaan kondo.

“Kebenaran Merancang” tersebut diluluskan pada 30  November 2007 selepas persidangan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).

Selain itu, turut disertakan bersama kelulusan tersebut ialah pelan pembinaan termasuk lokasi lot kedai dan kondo oleh pemaju yang dikemukakan kepada pihak MPS.

Selepas OSC bersidang pada 27 September 2007, “Kebenaran Merancang” ini telah diberikan kepada pemaju yang pada ketika itu kerajaan Selangor adalah kerajaan BN.

Dalam surat kebenaran itu ada menyebut ‘pelan bangunan hendaklah dikemukakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh  Jabatan Bangunan MPS’, ini membuktikan MPS ketika itu sudah mengetahui tentang kondo ini.

Kini, MPS akan membawa isu ini ke Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC).

Kajian akan dilakukan oleh SPC, ia mungkin akan mengambil masa selama sebulan.

Jika kajian ini mendapati kesan buruk akan berlaku apabila pembinaan ini diteruskan, maka kelulusan “Kebenaran Merancang” ini  akan terbatal. Kerajaan negeri juga tidak akan dibebani dengan perlu membayar pampasan.

Nyata sekali, isu yang cuba dijadikan peluru kepada kerajaan PR Selangor ini akan makan tuan kepada MIC dan BN. Sepertimana isu IPP dan Tol Kesas, BN semakin ketandusan isu untuk manipulasi sentimen rakyat.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: