//
you're reading...
Berita / News

Hentikan Projek Kondo di Batu Caves – Karpal Singh

KUALA LUMPUR : Beberapa hari selepas Ahli Parlimen DAP, M Kulasegaran menyatakan bantahan terhadap projek pembinaan kondominuim di Batu Caves, seorang lagi tokoh DAP, YB Karpal Singh turut mendesak pembatalan projek tersebut.

Menurut beliau, tindakan itu akan menamatkan pertelingkahan, sekali gus meredakan kebimbangan penganut Hindu dan mengelak ancaman kerosakan terhadap kuil yang menjadi tarikan pelancong di situ.

“Kerajaan negeri tidak boleh mengetepikan manifestasi bantahan terhadap projek itu,” katanya.

Karpal juga menawarkan perkhidmatan undang-undang secara pro bono kepada jawatankuasa kuil jika memerlukan bantuan.

Namun sehingga kini, tiada mana-mana wakil Pakatan Rakyat dari PAS mahupun PKR mengelarkan apa-apa gesaan bagi memutuskan samaada projek tersebut akan diteruskan atau tidak.

Baru-baru ini isu tersebut menjadi kontraversi apabila terdapat bantahan dari masyarakat Batu Caves mahukan projek tersebut dibatalkan atas sebab ia berada dikawasan tempat beribadat masyarakat Hindu.

Namun isu ini menjadi hangat apabila wakil BN telah menuduh projek tersebut diluluskan oleh kerajaan negeri iaitu Pakatan Rakyat.-kldaily.wordpress.com

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: