//
you're reading...
Berita / News

Negeri Pakatan Mahu Tangguh Penggunaan AES Untuk Kajian

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus menangguh pelaksanaan sistem kamera automatik (AES) memandangkan 40 peratus daripada jumlah kamera tidak akan dipasang di negeri Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata peratusan menolak pemasangan AES sangat besar dan beliau merasakan kerajaan harus menilai semula pelaksanaan peraturan baru itu.

Katanya, negeri Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk menangguhkan pemasangan kamera AES sehingga kajian terperinci dilakukan termasuk mendapat pandangan daripada pengguna jalan raya.

Sebanyak 331 kamera yang akan dipasang di negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Jumlah itu adalah 40 peratus daripada jumlah kamera yang akan dipasang seluruh negara iaitu 831 kamera.

“Kerajaan pusat melaksanakan peraturan ikut suka mereka, Pakatan Rakyat mahu bincang dan sembang bersama rakyat terlebih dahulu berhubung pelaksanaan AES,” ujarnya.

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng yang turut membidas Ketua Menteri Pengangkutan Kong Chong Ha yang memberikan autoriti kepada syarikat pengendali AES sehingga tempoh lima tahun.

“Kenapa perlu bagi kepada syarikat tersebut, selepas lima tahun baru kamera tersebut dikembalikan kepada kerajaan. Apa guna kita dapat balik selepas lima tahun? Saya tidak lihat apa kebaikan? Adakah kita akan guna selepas lima tahun? Pulang balik sebab sudah dapat untung,” katanya.

Guan Eng turut menegaskan kerajaan pusat perlu mendapat permohonan daripada kerajaan negeri untuk memasang kamera tersebut. Beliau turut menggelar kamera AES sebagai kamera 1Malaysia memandangkan ia mengenakan saman kepada rakyat 1Malaysia.-harakahdaily

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: