//
you're reading...
Aset PKNS

PKNS Perkukuh Agenda dan Keperluan Rakyat

SHAH ALAM, SELANGOR – PKNS tidak pernah lari daripada tujuan asal penubuhannya pada tahun 1964 untuk meningkatkan taraf kehidupan orang Melayu dan Bumiputera. Demikian kenyataan oleh Ishak Hashim, Pengurus Bahagian Perhubungan Awam PKNS hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menegaskan bahawa PKNS dalam suasana persekitaran pembangunan dan kemajuan yang semakin mencabar, ia menuntut PKNS untuk menggunakan pendekatan yang pelbagai dan kreatif untuk meningkatkan tahap ekonomi Melayu dan Bumiputera.

Salah satu inisiatif korporat yang dilaksanakan oleh PKNS adalah menerusi pelaburan dan pengurusan hartanah secara lebih efektif dan efisyen.

Tambah beliau lagi, aset-aset komersil iaitu Kompleks PKNS, Shah Alam; Kompleks PKNS, Bangi; SACC Mall, Shah Alam; Wisma Yakin, Kuala Lumpur dan Menara PKNS, Petaling Jaya masih kekal milik PKNS. Aset-aset ini akan dipindah milik kepada anak syarikat milik penuh PKNS, Private Real Estate Company (PREC), bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan pengurusan aset yang lebih berkesan.

Dalam perkembangan yang berkaitan, beliau turut menyatakan bahawa sejak tahun 2008, sebanyak 82% daripada para peniaga yang menyewa ruang niaga di aset-aset milik PKNS terdiri daripada usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera.

“ PKNS prihatin dengan keluhan para peniaga yang inginkan tapak niaga yang dapat menarik pembeli, mempunyai kemudahan awam yang pelbagai dan diselenggara dengan baik. Sehubungan dengan itu, PREC merancang untuk memenuhi kehendak para peniaga,” ujar beliau.

Sebagai contoh, sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan penambahbaikan Kompleks PKNS Shah Alam. Malah PREC akan menaiktaraf bangunan secara berterusan bagi meningkatkan nilai aset-aset tersebut. Kiosk-kiosk perniagaan baru juga akan turut diwujudkan untuk disewakan kepada para peniaga Melayu dan Bumiputera, khususnya.

Selain daripada itu, pelbagai program promosi secara usahasama dengan organisasi seperti para usahawan muda Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengadakan ‘flea market’ akan dilaksanakan bagi menarik para pengunjung ke aset-aset komersil milik PKNS dan seterusnya meningkatkan tahap keusahawan para pelajar Melayu dan Bumiputera.

PREC dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS juga akan menambah ruang-ruang tapak niaga di aset-aset ini bagi usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera untuk menjual produk keluaran mereka. Sejak tahun 2008, lebih daripada 6,000 usahawan Bumiputera telah menikmati faedah daripada program-program pembangunan usahawan oleh PKNS.

“ PKNS akan terus mengangkat darjat dan martabat kaum Melayu dan Bumiputera menerusi program-program ekonomi yang lebih inovatif dan sofistikated bagi menjana pendapatan berterusan bagi keuntungan kaum Melayu dan Bumiputera keseluruhannya,” tegas beliau lagi.-KLd.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: