//
you're reading...
Gossip

Vateran UMNO juga berebut nak jadi calon?

Sebahagian ahli Umno khuatir dengan kembalinya rakan-rakan lama mereka untuk kerusi yang bakal dipertandingkan berkemungkinan menjadikan persaingan untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang lebih sengit, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

“Saya beritahu agar mereka tak ambil hati. Tuan-tuan  juga … tahu bagaimana kerenah dan perangai kawan-kawan kita,” katanya ketika melancarkan Persatuan Bekas Ahli Parlimen (Mubarak) hari ini.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, kemudiannya mengesahkan parti itu telah memulakan kempen tanpa melalui arus perdana dengan mendekati organisasi bukan kerajaan yang mewakili pesara-pesara polis, tentera dan bekas ahli politik.

Nampaknya, bukan sahaja ahli UMNO yang masih aktif sedang berperang untuk menjadi malah ahli parti yang dah expired pun terus berebut-rebut nak jadi calon. Pemerhati politik berpendapat, ini adalah gambaran bagaimana perang sedang sengit berlaku dalam UMNO. Malah ia mengesahkan lagi pertarungan yang sememangnya sedang berlangsung dalam beberapa kem seperti kem Ezam Md Noor, Noh Omar, Kem Muhyiddin Yassin, kem KJ, Saifudin dan banyak lagi

“(Kempen kita) telah berjalan pun. Itu pasal kecurigaan mungkin timbul,” kata Abdul Aziz kepada pemberita.

“Kita buat program untuk menceritakan hal kejayaan Barisan Nasional (BN) setakat ini … Ini peranan kita, dan tidak ada langsung nawaitu untuk nak menentukan kita sendiri sebagai calon.

“Jika sekiranya salah seorang daripada kita dipilih sebagai calon … ia disebabkan personalitinya, yang diterima pengundi.”

Tengku Adnan turut menjelaskan BN sedang mencari calon yang mesra rakyat untuk dicalonkan dalam pilihan raya akan datang.

“Kita hendak calon yang rakyat hendak, bukan calon yang dipilih oleh parti atau individu-individu tertentu dalam parti,” tegasnya.

“Malah presiden (Datuk Seri Najib Razak) sendiri telah sebut … bukan calon yang presiden hendak, dia nak calon yang rakyat nak mewakili mereka sebagai wakil rakyat.”

Terdapat 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.-TMI

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: