//
you're reading...
Pendapat / Opinion

Agenda Ekonomi Saksama

Di tengah kesedaran global tentang bahaya ketidaksaksamaan terhadap pertumbuhan ekonomi, kelangsungan hidup masyarakat dan pastinya kestabilan; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menyuarakan Agenda Ekonomi Saksama demi mengarahkan parti DAP dan Pakatan Rakyat terhadap soal ketidaksaksamaan.

Dalam sebuah forum anjuran Roketkini, Guan Eng bermain dengan huruf-huruf Automated Enorcement System (AES) dan secara berseloroh menyeru ke arah perlaksanaan AES yang berbeza – Agenda Ekonomi Saksama.

Namun mesej yang disampaikannya tegas: bahawa mengurangkan ketidaksaksamaan adalah agenda utama bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, DAP dan Pakatan Rakyat.

Di peringkat antarabangsa, The Economist, sebuah majalah aliran ‘kanan-tengah’ telah dengan bersahaja menyiarkan sebuah laporan bertajuk “True Progressivism: the new politics of capitalism and inequality” (Progresivisme sebenar: Politik baru kapitalisme dan ketidaksaksamaan). Majalah mingguan itu berkata “ketidaksaksamaan telah mencapai satu tahap di mana ia boleh menjadi tidak efisyen dan buruk untuk pertumbuhan.”

Majalah tersebut langsung mencadangkan bahawa “malahan, ketidaksaksamaan hasil meritokrasi juga akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan. Jika jurang pendapatan bertambah lebar, ia dapat membawa kepada kurangnya peluang saksama, terutamanya dalam pendidikan.”

Pakar ekonomi dunia, Profesor Jeffrey Sachs, yang dijemput Guan Eng melalui Penang Institute dan turut diraikan oleh wakil rakyat di Parlimen, telah menyeru negara-negara dunia supaya menerima demokrasi sosial bagi memastikan kesaksamaan dan ekonomi yang mampan, serta pendidikan, alam sekitar dan pentadbiran yang lestari.

Beliau memetik Norway dan Sweden sebagai contoh demokrasi yang efektif dan memberi kesejahteraan am untuk kebanyakan rakyatnya, manakala Amerika Syarikat ditonjolkannya sebagai contoh jelas bagaimana kuasa kewangan membajak proses politik lantas merugikan rakyat biasa.

Malaysia telah melihat pekali Gini-nya, pengukuran ketidaksaksamaan (0 menunjukkan saksama dan 1, sangat tidak saksama) semakin memburuk sejak tahun 80’an. Pekali tersebut berada pada nilai 0.46, sedikit rendah berbanding Singapura.

60 peratus masyarakat terbawah mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan, yang melayakkan mereka untuk pemberian bantuan RM500 di bawah program BR1M. Dengan kata lain, kerajaan Barisan Nasional mengiktiraf bahawa 60 peratus terbawah ini benar-benar memerlukan bantuan, cumanya kerajaan ini tidak dapat memikirkan sebarang reformasi struktur untuk membantu mereka, selain daripada bantuan kewangan.

Dan, Malaysia adalah contoh buku teks bagi kapitalisme kroni di mana parasit ekonomi, rasuah dan nepotisme adalah kelaziman sehari-hari.

Seruan Guan Eng ke arah sebuah Agenda Ekonomi Saksama adalah tepat pada masanya. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, bukan sahaja ia perlu memakmurkan demokrasi, ia juga mesti mengagihkan hasil ekonomi secara adil, melalui kebijakan yang akan membantu menguncupkan jurang pendapatan dan kekayaan, dan mengembangkan peluang untuk semua.

Wacana baru kita tentang demokrasi sosial bukan semata-mata tentang pembahagian dan pengagihan. Ia malahan adalah suatu pengiktirafan bahawa Malaysia sudah tidak lagi boleh bergantung kepada pengindustriani yang dipacu industri eksport yang selalunya dikaitkan dengan polisi yang dikaitkan dengan gaji rendah dan matawang yang murah.

Kita harus melihat pengagihan sebagai suatu strategi baru demi pertumbuhan. Dengan memperkayakan rakyat, ekonomi kita akan terus berdaya tahan melalui permintaan domestik yang lestari (yang tidak dibiayai hutang isirumah yang membelon) bagi jangkamasa pendek sementara mengembangkan dayakerja berkemahiran tinggi untuk memperlihatkan potensinya dalam jangkamasa panjang.

Dengan kesedaran bahawa Malaysia adalah sebuah masyarakat yang tidak saksama, tibalah masanya untuk kita meminggirkan asas meritokrasi dan mendampingi asas yang dibina berdasarkan ide solidariti. Apabila sesebuah masyarakat itu sangat tidak saksama, desakan keras kepala untuk meritokrasi selalunya memberi faedah kepada mereka yang mempunyai kemampuan secara tidak seimbang.

Adalah lebih penting bagi sesebuah masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang berada di kelas pertengahan dan bawahan bagi mencipta arus yang akan memberi faedah kepada semua pihak.

Masyarakat yang lebih saksama akan mempunyai pertumbuhan yang lebih mampan yang akan menghasilkan kemakmuran yang dikongsi bersama, kesejahteran dan pastinya kestabilan. Oleh Liew Chin Tong – Roketkini.com

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: