//
you're reading...
Gossip

Belanjawan Najib tak mampu ubah mood rakyat?


SHAH ALAM : Sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat  (PR) masih kekal meningkat sekaligus mencerminkan kepercayaan masyarakat untuk terus bersama PR. Demikian pemerhati politik melihat senario ini.

Ia berdasarkan impak kempen agresif PR baik diperingkat negeri mahupun Nasional. Selepas Bas Merdeka Rakyat oleh PKR, baru-baru ini, DAP pula memulakan kempen jelajah dengan trailer perang yang diberi nama ‘Dream Machine’. Ia bukan sahaja unik malah ia pastinya melicinkan lagi kempen mereka.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sejak beliau memulakan rombongan Jelajah Merdeka Rakyat di beberapa kawasan di Selangor menyaksikan di Desa Air Hitam, Puchong dan Pantai Morib, Kuala Langat, kehadiran rakyat di setiap ceramah amat menggalakkan dan mendapat sokongan ramai.

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapannya di Shah Alam, Anwar memuji pentadbiran Abdul Khalid sambil menyifatkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang terbaik.

Katanya, integriti tinggi yang dimiliki Abdul Khalid menyebabkan negeri ini mampu mempunyai rizab simpanan sehingga RM 2.2 bilion walaupun membelanjakan wang yang banyak bagi program bantuan rakyat seperti skim air percuma, Jom Shopping, TUNAS dan Sri Kembar.

“Dahulunya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Khir Toyo mendakwa Selangor akan bankrup jika berhasrat memberikan air percuma.

Mood ini dikesan selepas pembentangan belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri baru-baru ini sungguhpun ramai menyangka selepas pembentangan belanjawa tersebut, mood rakyat akan berpihak kepada BN, tetapi jelas ia berlaku sebaliknya.

Malah penganalisis politik juga kekal dengan analisa bahawa kubu BN di Sabah dan Sarawak akan tetap tergugat meskipun kemungkinan untuk BN menang masih ada.

Keadaan tidak menentu bagi Najib ini turut diburukan lagi dengan pergelutan calon MB di Selangor yang dikatakan cukup parah hingga memaksa pemimpin UMNO memberi amaran untuk mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana ahli parti yang mensabotaj parti menjelang PRU 13.-kldaily.wordpress.com

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: