//
you're reading...
Pendapat / Opinion

Harapan Rakyat Pada PR Hanya Akan Jadi Ilusi?

Ramai penyokong dan ahli parti komponen Pakatan Rakyat, menaruh harapan dalam PRU 13 ini kelak. Mood ini dapat difahami setelah kemenangan ‘terpijak’ mereka dalam PRU 12 pada 2008 yang lalu.

Namun, politik juga seperti bolasepak. Berdasarkan rekod, ada perkara yang boleh dibanggakan dan ada juga perkara yang perlu dikhuatirkan, tapi dalam perlawanan atas padang yang sebenar, keadaannya amat jauh berbeza.

Perkara pokok dalam isu ini ialah tempoh berkempen, hanya dalam tempoh ini sahaja tukang telek politik boleh menduga pihak mana yang akan menang. Dalam keadaan sekarang, tidak banyak yang boleh dinyatakan oleh mereka yang kononya pakar menganalisa.

Jadi, kekuatan PR ketika ini tidak akan memberi apa-apa makna selagi tempoh berkempen belum terjadi. Dalam tempoh kempen yang mungkin akan diberi selama sekitar 21 hari oleh SPR (harapan dan congakan), ketika itulah kekuatan dan kelemahan sebenar PR mahupun BN akan terserlah.

Dalam tempoh berkempen ini juga, PR bukan sekadar berhadapan denga kekuatan jentera dan material BN, mereka juga berhadapan dengan kelemahan sendiri. Kelemahan PR ini mudah saja dieksploitasi oleh BN.

Apakah kelemahan mahupun kekuatan utama PR pada ketika ini yang akan turut dibawa semasa tempoh berkempen kelak?

Ada banyak, tetapi faktor utamanya adalah kejujuran atas kerjasama dalam kempen memenangkan calon yang telah dipilih oleh parti masing-masing – PKR, PAS dan DAP.

Kelemahan PR ini juga adalah sumber kekuatan PR. Sejauh mana keyakinan pekerja PKR dan DAP memenangkan calon PAS dalam kawasan mereka? sejauh mana kejujuran pekerja PAS dan PKR memenangkan calon DAP dalam kawasan mereka? Dan sejauh mana kejujuran pekerja DAP dan PAS dalam memastikan kemenangan calon PKR dalam kawasan mereka?

Hanya kejujuran ini yang mungkin menjadi faktor penyumbang kejayaan atau kegagalan PR dalam menempuh cabaran sengit dari BN yang mempunyai segala kekuatan yang tidak terbayangkan oleh PR.

Bolehkah penyokong PR bayangkan bahawa BN sedia memperuntukan berbillion ringgit untuk memastikan kemenangan mereka dalam PRU akan datang?

Ukuran ini memang PR tidak akan mampu angkat muka sikit pun dengan BN.

Tapi ada perkara asas untuk menahan gelora kekuatan BN ini iaitu tarbiyah ahli. Jika PR gagal mentarbiyah ahlinya atau pekerja partinya untuk berlaku jujur dengan rakan sekutunya dalam Pakatan, maka inilah titik tolak kegagalan PR dalam berhadapan dengan kekuatan mega BN.

Malah ini juga akan menjadi manifestasi kegagalan PR untuk memahami kehendak rakyat yang mahu mereka meninggalkan wajah budaya politik Barisan Nasional iaitu kronisme dan korupsi.

Slogan mahu menggantikan BN memang enak didengar, tetapi adakah rakyat hanya akan melihat yang menggantikan BN itu tidak lebih baik dari perangai, sikap dan budaya politik BN. Sama-sama kita saksikan.-editor KLd.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: