//
you're reading...
Berita / News

Kerajaan Selangor Akan Saman Utusan Atas Artikel PKNS

 

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.

Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

“Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,” tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.

Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.

“Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu.

“Apalagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan,” tambah beliau.

Laporan akhbar berkenaan menyebut Kerajaan Negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).-selangorku.com

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: