//
you're reading...
Gossip

Azmin Ali, Khalid Ibrahim akan tanding dua kerusi?

Terbaru kisah politik dalaman PKR yang dikira sangat menarik untuk diperhatikan bilamana telah mula tersebar berita bahawa Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim telah memberi isyarat bahawa dua orang tokoh penting PKR iaitu Azmin dan Tan Sri Khalid akan bertanding kerusi DUN dan Parlimen dalam PRU 13 yang akan datang.

Tersebarnya berita ini dikalangan pemimpin kanan PKR telah menimbulkan satu perbualan hangat yang mana ia mungkin menjadi isyarat bahawa kerusi Menteri Besar Selangor masih terbuka antara kedua tokoh utama PKR ini.

Difahamkan bahawa Anwar memberi lampu hijau berdasarkan pengaruh dan prestasi kedua-dua hulubalang beliau ini yang terbukti memberi impak positif dalam lanskap politik Malaysia negeri dan khususnya PKR sendiri.

Pastinya prestasi Khalid sebagai MB Selagor selama 4 tahun ini melayakkan beliau bertanding atas dua tiket iaitu DUN dan Parlimen sungguhpun terdapat khabar angin yang mengatakan reputasi Khalid Ibrahim dengan istana Selangor tidak begitu menonjol berbanding Azmin yang diketahui umum amat disenangi oleh pihak istana Selangor.

Pastinya percaturan Anwar meletakkan kedua-dua tokoh popular ini sebagai membuka ruang untuk beliau memilih berdasarkan dua senario yang berkemungkinan berlaku iaitu pertama, jika PR berjaya membentuk kerajaan persekutuan, atau kedua hanya dapat mengekalkan negeri Selangor, maka pemilihan kerusi Menteri Besar atau Menteri di peringkat Pusat ke atas dua individu ini akan menjadi terbuka.

Menyorot kembali kenyataan Azmin dalam isu dimana beliau pernah membuat kenyataan bahawa berkemungkinan Tan Sri Khalid akan ke Pusat jika PR berjaya menawan Putrajaya adalah gambaran awal tentang lanskap politik PKR pada masa hadapan ?

Selaku Timbalan Presiden parti PKR, sudah semestinya ungkapan Azmin bersandarkan fakta dan percaturan strategik parti.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: