//
you're reading...
Berita / News

Lompat Parti ‘Haram’ di Pulau Pinang

 

GEORGETOWN – Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 untuk membanteras budaya lompat parti di negeri itu.

Enakmen itu disokong 27 daripada 31 Adun, dengan empat wakil rakyat daripada Umno yang hadir berkecuali dan tidak mengundi.

Oleh itu secara langsung ia akan mengelak kerajaan yang sah dipilih rakyat pada pilihan raya umum ditumbangkan secara tidak demokratik sepertimana yang berlaku di Perak dan Sabah sebelum ini.

Undang-undang tersebut memperuntukan bahawa seseorang ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya dia melepaskan atau dilucutkan keahliannya, atau berhenti daripada menjadi ahli parti politik atas apa-apa jua sebab.

Ia juga memperuntukkan sekiranya seorang ADUN bertukar parti politik, kerusinya akan dianggap kosong secara automatik.

Bila ini berlaku, Yang di-Pertua Dewan hendaklah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya akan kekosongan itu.

Berucap di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata undang-undang tersebut bagi menegakkan integriti dan akauntabiliti awam serta memulangkan kuasa demokratik untuk memilih kerajaan dan wakil rakyat kepada rakyat.

“Rakyat berhak untuk memilih ataupun untuk menolak sesebuah kerajaan atau seseorang wakil rakyat melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

“Kita sudah menyaksikan negara dalam keadaan huru-hara apabila kerajaan persekutuan merampas kuasa negeri dengan cara yang tidak demokratik, melalui (perbuatan) pengkhianatan ahli parti,” katanya.” ujar Guan Eng.

Pindaan tersebut mengecualikan keadaan di mana seorang ADUN berhenti daripada menjadi ahli parti politiknya akibat pembubaran atau pembatalan pendaftaran partinya.

Atau seorang ADUN melepaskan keahlian partinya atas sebab pemilihannya sebagai Yang di-Pertua Dewan.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: