//
you're reading...
Aset PKNS

PKNS Mula Bertindak ke atas Utusan

SELANGOR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini mengemukakan notis tuntutan terhadap Utusan Malaysia dan penulis ruangan Cuit akhbar itu, Zaini Hassan berhubung penyiaran artikel berunsurkan fitnah terhadap perbadanan itu. Demikian menurut satu kenyataan akhbarnya hari ini.

Menurut Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata artikel yang disiarkan dengan tajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” bertarikh 31 Oktober 2012 itu seolah-olah memberi gambaran yang PKNS terlibat dalam amalan bisnes yang tidak sah; terlibat dengan kesalahan jenayah; tidak jujur, korup dan tidak beretika.

“ Penyiaran artikel berkenaan memberi gambaran seolah-olah PKNS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Selangor.

“Kenyataan yang dikeluarkan adalah salah, berniat jahat dan ditulis semberono tanpa usul periksa dengan tujuan untuk menjatuhkan imej PKNS di mata umum,” katanya.

Dalam kenyataan tersebut, PKNS turut menuntut Utusan Malaysia dan Zaini mengeluarkan artikel berkenaan dari siaran, mengemukakan permohonan maaf yang telah dipersetujui PKNS di akhbar atau media yang dipilih PKNS dan memberi akujanji untuk tidak akan mengulangi sebarang kenyataan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan dan seumpamanya.

“Selain tuntutan ganti rugi, PKNS tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan undang-undang sekiranya maklumbalas yang diterima oleh pihak yang dituntut tidak memuaskan,” jelas Ishak.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: