KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyeru warga Internet supaya bersikap lebih matang dalam menggunakan laman sosial.
Sambil menyatakan bahawa media sosial tidak mempunyai sempadan dalam penyebaran maklumat, beliau menasihati mereka agar menggunakan alat yang amat penting itu bagi tujuan yang boleh memberi manfaat.
Beliau berkata ini termasuk memberi maklumat kepada orang lain tentang pelbagai perkara seperti keadaan lalu lintas, banjir, kemalangan dan sebagainya.
“Seperti di Amerika, orang menggunakan media sosial untuk berhubung dan menawarkan bantuan kepada mereka yang terjejas oleh Taufan Sandy yang begitu dahsyat baru-baru ini,” ujarnya.
Khairy juga memuji langkah kerajaan menggunakan media sosial dalam menyebar maklumat kepada orang ramai. -BERNAMA
Discussion
No comments yet.