//
you're reading...
Gossip

Kejutan DAP PRU 13

Belum habis gosip Hj Hadi nak bertanding di Pekan, kini timbul pula kisah seorang tokoh utama DAP. Siapa dia tak perlu kita sebutkan, tetapi dia memang vateran, berpengaruh dan seorang tokoh penting dalam parti DAP.

Khabarnya, DAP juga akan buat kejutan pada PRU 13 akan datang nanti. Kejutan pertama ialah tentang perkhabaran bahawa tokoh ini berkemungkinan besar akan kembali bertanding di Melaka, negeri yang pernah ditandinginya suatu ketika dahulu. Menurut sumber, beliau akan bertanding di Parlimen Kota Melaka.

Kejutan kedua, berdasarkan congakkan politik semasa DAP, parti ini dilihat mampu mengekalkan momentum kemenangan PRU 12 pada 2008 yang lalu. Kerusi selamat seperti Parlimen Seputih dan PJ Utara yang kini disandang oleh Teresa Kok dan Tony Pua akan menampilkan muka baru.

Ini bermakna, zon selamat bagi kerusi tersebut tidak lagi akan diwakili oleh Tony Pua dan Teresa Kok. Siapa yang akan menggantikannya belum dapat dipastikan, namun nama-nama seperti Ong Kian Meng dan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh ada disebut-sebut.

Melihat pada senario ini, pastinya DAP akan memperkukuh kedudukannya dalam Pakatan Rakyat apabila dipercayai kira-kira 30% akan menampilkan muka baru diperingkat Parlimen begitu juga diperingkat DUN.

Dalam pilihanraya 2008, DAP telah menyumbang 27 kerusi parlimen yang membolehkan pembangkang menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: