//
you're reading...
Aset PKNS

Orang Macam Saya Tidak Jual (aset PKNS), Tapi Orang Macam Noh Jual, Kata Abdul Khalid

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas hujah serangan yang dilemparkan oleh Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini.

Dengan nada tegas, Abdul Khalid menafikan beliau selaku ketua pentadbiran negeri sanggup untuk menjual aset negeri terutama melibatkan beberapa bangunan yang dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seperti yang dibangkitkan Noh baru-baru ini.

Secara sinis Abdul Khalid menyatakan, individu sepertinya tidak sanggup untuk melakukan perkara tersebut namun beliau ‘tidak menolak kemungkinan’ pemimpin rakus seperti Noh Omar ‘mungkin’ sanggup bertindak sedemikian.

‘Saya nak jual PKNS? Orang macam saya tidak jual, tapi orang macam dia (Noh) (mungkin) jual. Saya letak aset itu betul-betul.

“Saya sudah susun harta biar diurus dengan baik. Keuntungan itu boleh diserahkan kepada rakyat,” katanya yang juga anak jati Kuala Selangor.

Minggu lalu, Noh menyatakan bahawa beliau mempunyai ‘dokumen’ yang menyatakan Kerajaan Selangor akan menjual beberapa kompleks perniagaan milik PKNS.

Selain Abdul Khalid, pihak PKNS turut mengeluarkan kenyataan bagi menafikan perkara berkenaan.

Dalam majlis sama, Abdul Khalid turut menyeru rakyat memberikan peluang kepada PR membawa perubahan kepada negara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Jelasnya, sistem pentadbiran telus yang diamalkan PR dibuktikan berdasarkan peningkatan rizab simpanan melalui hasil pembentangan Laporan Ketua Audit Negara.

Beliau menambah, sudah tiba masanya rakyat memberikan peluang kepada Umno-BN untuk menjadi pembangkang dan PR akan terus menjaga semua kaum terutamanya bangsa Melayu.

“Saya nak beritahu, Umno-BN kata, PKR dan PR apabila menang, orang Melayu akan ditinggalkan, dibiarkan dan hilang kekuatan.

“Saya nak beritahu menteri, (Noh Omar) saya boleh ajar Menteri Pertanian mengira.

“Kalau (Noh) kerja 10 tahun belum tentu cakap tolong orang Melayu. Tidak patut dia (Umno-BN) cakap kita membelakangi orang Melayu.

“Orang Melayu akan berjaya kalau tidak ada rasuah dan bersikap amanah.

“RM700 juta kita bagi pada rakyat Selangor, RM500 juta untuk orang Melayu,” ujar beliau lagi.- Selangorku

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: