//
you're reading...
Aset PKNS

Lima aset komersial kekal milik PKNS

SHAH ALAM –  Lima aset komersial Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu SACC Mall, Shah Alam; Menara PKNS, Petaling Jaya; Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi, serta Wisma Yakin, Kuala Lumpur masih kekal milik perbadanan itu.

Timbalan Pengurus Besar (Korporat)nya, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, PKNS  sekarang ini sedang dalam proses menyelaraskan aktiviti-aktiviti teras Kumpulan PKNS.

Menurutnya, salah satu daripada inisiatif korporat yang sedang dilaksanakan adalah penubuhan sebuah syarikat milik penuh PKNS, Private Real Estate Company (PREC), yang akan memfokuskan kepada pelaburan dan pengurusan hartanah.

“Sebagai menepati tadbir urus korporat yang telus, penubuhan anak syarikat ini (PREC) dan pindah milik aset-aset komersil PKNS kepada PREC telah mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Kewangan dan Lembaga Pengarah PKNS yang turut diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.

“Pihak Kementerian Kewangan juga telah memberikan kelulusan bertulis bagi maksud di atas,” katanya.

PKNS juga mengesahkan pelaburannya di dalam saham Genting Sanyen Power Sdn Bhd dan KESAS Bhd masih treus kekal.

“Namun begitu, PKNS akan sentiasa menilai portfolio pelaburan dari masa ke semasa dan bersedia mempertimbangkan sebarang tawaran yang memberikan pulangan yang munasabah kepada PKNS,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional negeri, Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menafikan dakwaan mengenai penjualan lima aset PKNS yang bernilai RM321 juta dipersetujui oleh Lembaga Pengarah perbadanan tersebut.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: