//
you're reading...
Berita / News

Selangor Guna Rizab Negeri Bina Jambatan Ketiga Klang

KLANG – Kerajaan Negeri akan meneruskan projek pembinaan jambatan ketiga bagi mengatasi masalah kesesakan bandar Klang sekiranya Kerajaan Pusat masih gagal berbuat demikian pada tahun depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, Kerajaan Negeri akan menggunakan rizab yang dimiliki Negeri Selangor untuk melaksanakan projek yang pernah dijanjikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Beliau berkata, sewaktu pemerintahan Umno-BN terdahulu, mereka berjanji kepada rakyat Klang untuk membina jambatan tersebut, malah telah melancarkan batu asas bagi membina jambatan tersebut.

Bagaimanapun tegasnya, ia kini dilihat sebagai satu omongan kosong sahaja.

“Rakyat Selangor memberi sumbangan terbesar kepada Malaysia. Oleh itu, tahun depan kita akan adakan pelbagai program untuk rakyat di negeri ini. Rakyat Selangor adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negara, kini sudah tiba untuk pulangkan hasilnya kepada rakyat.

“Tahun depan kalau tidak dibina jambatan ketiga di Klang, kita akan bina dengan menggunakan rizab negeri.

Dengan cara itu kita dapat melaksanakan pembangunan secara saksama di Negeri Selangor,” katanya semasa menghadiri Majlis Sambutan Deepavali di Jalan Tengku Kelana, petang tadi.

Terdahulu, Kerajaan Pusat menjanjikan pembinaan jambatan ketiga di Klang bernilai RM230 juta untuk manfaat masyarakat di kawasan itu.

Pembinaan jambatan yang dimulakan sejak tahun 2007 itu bagaimanapun masih gagal disempurnakan sehingga kini ekoran kerja sambil lewa oleh syarikat kontraktor yang dilantik.-selangorku

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: