//
you're reading...
Berita / News

Projek kondo di Batu Caves batal jika tawan S’gor – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor.

“Kompleks Batu Caves ini mesti kita kekalkan dan kita pertahankan daripada berlaku sebarang perkara yang boleh merosakan kedudukannya sebagai satu tempat mulia bagi orang Hindu.

“Kita beri jaminan bahawa seandainya BN berjaya ambil alih Selangor, projek kondominium 29 tingkat akan dibatalkan.

“Pembangunan di kawasan ini boleh ancam Batu Caves. Pengakuan saya buat ini merupakan satu pengakuan kerajaan BN, sebuah kerajaan janji ditepati,” kata Najib.Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis rumah terbuka Deepavali di perkarangan kompleks Batu Caves semalam.

Turut hadir pada ialah Presiden MIC Datuk G Palanivel, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, bekas Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu dan juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sebelum ini, terdapat kontroversi bantahan daripada kaum India meminta agar kondominium Park Avenue di kawasan Batu Caves dihentikan.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu kondominium yang berdekatan kuil Subramaniar itu.

Pada 7 November lalu, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu pula berkata kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek bangunan setinggi 29 tingkat itu bagi mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

Selain itu, ketika berucap, Najib turut berkata akan mempertimbangkan supaya kompleks batu Caves itu menjadi sebuah tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Najib berkata, permohonan bagi menjadikan tempat itu sebagai warisan dunia akan dibuat pada tahun 2015 selepas tempoh menganggotai World Heritage Committee (WHC) tamat.

“Kabinet melalui kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan akan meminta supaya Batu Caves ini dapat dipertimbangkan sebagai sebuah tapak warisan dunia oleh Unesco.

“Ada sikit soal teknikal kerana pada masa ini Malaysia masih merupakan anggota World Heritage Committee. Kita tak boleh buat permohonan pada masa ini kerana takut berlaku pertembungan,” katanya lagi.

Najib turut berkata, sempena hari Deepavali hari ini, beliau bersama ahli kabinet lain telah memutuskan untuk memberikan cuti am sempena perayaan itu kepada Wilayah Persekutuan Labuan.

“Walaupun tak begitu besar kesannya tetapi sebagi simbolik, kabinet telah memutuskan cuti am hari Deepavali dilanjutkan kepada Wilayah Persekutuan Labuan. Walaupun labuan tak ramai orang hindu, tetapi secara simbolik Labuan sebahagian daripada Wilayah Persekutuan dan layak terima hari Deepavali sebagai cuti am,” katanya.-Mkini

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: