//
you're reading...
Pendapat / Opinion

Politik Najib kacau-bilau

Najib akhirnya menggunakan kesempatan atas kemenangan Obama dari parti Demokrat baru-baru ini  iaitu dengan mengambil pendekatan kempen – kesinambungan, sepertimana kempen Obama iaitu ‘foreward’.

Bunyi sangatlah enak macam makan buah epal. Tapi betulkah nada Najib ini benar-benar menunjukan yang beliau itu setaraf atau sejalur dengan gaya dan dasar politik Obama atau demokrat?

Nada seperti ini hanyalah retorik, sama seperti di zaman Mahathir dulu. Tun M selalu sebut – perjuangan yang belum selesai – dengan maksud yang signifikan dengan kempen Obama iaitu – teruskan beri sokongan. Inilah modal Mahathir yang mahu rakyat terus beri sokongan padanya sedangkan rakyat sudah muak dengan politik korup Mahathir. Kini, Mahathir hanyalah sejarah.

Nada sebegini diulang sekali lagi oleh Najib. Nampaknya, pemikir Najib ini sudah habis idea pertama kerana mengitar semula idea Mahathir dan kedua memplagiat kempen Obama. Nampak sangat Najib sudah desperate.

Satu hal lagi, yang Najib nak sangat ambil tone Obama yang demokrat ini, adakah Najib juga seorang yang demokrat?

Jika benar Najib mahu ambil tone democrat Obama ini betul-betul, mengapa beliau hingga kini masih tidak mahu berdebat dengan Anwar Ibrahim?

Tidakkah Najib lihat bahawa Obama turun padang bersemuka dan berdebat dengan Mitt Romney secara terbuka dan bermaruah. Bukan sekali tetapi tiga kali!

Jika inilah gaya politik Najib, maka ketahuilah kita bahawa politik Najib bukan berjiwa besar pun sebaliknya kacau-bilau.

Dah la tak nak berdebat, janji nak mansuhkan ISA hingga kita tak terbuat, janji nak mansuhkan AUKU hingga kini tak ke mana. Sistem AES yang dibantah oleh rakyat termasuk Ahli Parlimennya sendiri pun Najib tak mahu dengar. Najib..Najib…– editor KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: