//
you're reading...
Berita / News

Ronnie Liu Mahu Roboh AES

Ronnie Liu yang juga Exco kanan kerajaan negeri Selangor, memberi tempoh 14 hari kepada kontraktor yang bertanggungjawab memasang dua buah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kajang supaya merobohkan struktur terbabit.

“Di bawah akta kerajaan tempatan ada menjelaskan bahawa mana-mana struktur dan bangunan perlu mendapatkan Kebenaran Merancang (KM).

Walaupun ia dibina oleh pemilik tanah, jika tidak tanpa Kebenaran Merancang, ia tetap dianggap haram. Ujarnya lagi

“Saya yakin bahawa – pihak kontraktor, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kementerian tidak membuat permohonan berkaitan dengan pemasangan kamera AES.

Ronnie juga menegaskan bahawa beliau akan mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPJ) untuk merobohkan struktur berkenaan sekiranya kontraktor berkenaan gagal mematuhi arahan yang telah diberikan.

“Kalau tak roboh, kita akan minta MPJ buat surat untuk roboh dalam tempoh 14 hari.

Dua kamera tersebut dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan.

Menurut akhbar The Sun hari ini, menteri pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha pada Ahad lalu berkata kerajaan tidak akan merobohkan dua kamera AES yang dipasang di kawasan Selangor sungguh pun kerajaan negeri telah mengharamkan pemasangan kamera tersebut.

Malah beliau turut menegaskan bahawa lebih banyak kamera akan dipasang dan sistem itu akan dikuatkuasakan mengikut undang-undang, katanya.-KLd

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: