//
you're reading...
Berita / News

JPA Jadi Alat UMNO BN

SELANGOR – Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengutuk tindakan Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memindahkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin bin A’ala ke Institut Tadbiran Awam Negara tanpa sebarang rundingan dan perbincangan dengan kerajaan negeri serta kerajaan tempatan.

“Tindakan JPA bukan sekadar bercanggah dengan kuasa kerajaan negeri untuk melantik Datuk Bandar atau Yang Dipertua yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, malah melanggar prinsip sistem persekutuan (Federalism) yang diamalkan dalam sistem politik Malaysia,” ujar Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon.

“JPA telah menyalahguna kuasa pentadbiran untuk mencapai kepentingan politik sempit UMNO/BN.” Tambahnya.

Baru-baru ini Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin bin A’ala ke Institut Tadbiran Awam Negara telah diarahkan untuk bertukar secara mendadak oleh JPA. Spekulasi enyebut bahawa pertukaran mendadak ini ada kaitan dengan isu kondominium Park Avenue di Batu Caves yang telah diluluskan pembinaannya oleh MPS pata tahun 2007 ketika Selangor dibawah pemerintahan BN.

Lee Khai Loon yang merangkap Ahli Majlis MPS berpendapat bahawa arahan pertukaran Yang Dipertua bermotif politik serta selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Razak untuk merampas kuasa negeri Selangor.

“Kesemua ini adalah tindakan sabotaj kerajaan Persekutuan yang bertujuan untuk menyusahkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.” Ujar beliau dalam satu kenyataan akhbar kepada media.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri perlu menghantar protes kepada kerajaan Persekutuan serta memberi sokongan kepada MPS untuk membuat semakan kehakiman (Judiciary Review) terhadap tindakan JPA yang jelas bercanggah dengan undang-undang.

Seksyen 10 (1) (a), Akta Kerajaan Tempatan 1976 juga jelas menyatakan bahawa pihak berkuasa tempatan hendaklah terdiri daripada Datuk Bandar atau Yang Dipertua yang akan dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Maka tindakan JPA jelasnya menunjukkan keputusan tersebut adalah tidak professional, tidak neutral dan tidak mengutamakan kepentingan rakyat.

“ Dengan memperalatkan JPA, Kerajaan Persekutuan seolah-olah memberi isyarat serta amaran kepada semua kakitangan agar jangan bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Jika tidak, tindakan pemindahan akan dikenakan ke atas mereka.” Demikan ujar Lee Khai Loon.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: