//
you're reading...
Berita / News

PAS akan fokus PRU 13, bukan isu picisan

KOTA BHARU – Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, dengan keadaan PAS yang kini telah berada di peringkat terakhir persiapan mereka, PAS tidak akan mengambil peduli isu kecil-kecilan seperti isu Nasharuddin Mat Isa dan juga Nurul Izzah Anwar.

“Adalah lebih penting kami melihatkan pengupayaan berkaitan gagasan kepimpinan yang kita lontar untuk melayakkan PAS, bukan sahaja menyaingi Umno, tetapi juga lebih baik daripada Umno,” tambahnya.

Kami telah berada di peringkat kemuncknya sekarang … isu kecil-kecilan ini kami tidak ambil peduli.

Malah, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menegaskan, isu berkenaan Nurul Izzah juga tidak akan disentuh kerana beliau percaya 1,200 perwakilan di muktamar tersebut tidak akan terperangkap dengan isu yang sengaja diperbesar-besarkan BN.

“Kami tidak akan terperangkap dengan isu yang sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak tertentu… muktamar ini juga membuktikan yang kita bersedia ambil alih Putrajaya, yang merupakan satu tanggungjawab besar.

Sependapat dengan Salahuddin, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut menyuarakan keyakinan ucapan dasar presiden dan perbahasan perwakilan akan menjurus kepada persiapan akhir menjelang PRU.

“Perhimpunan ini untuk meningkatkan momentum parti  membuat pecutan akhir bagi memacu gerak kerja jentera PRU demi membawa kemenangan kepada PAS.

“Satu yang kita nak penghujungnya adalah semua jentera ‘masuk gear 5’ kerana PRU akan berlaku bila-bila masa, dan ini sudah masuk pusingan akhir,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.

Ditanya sama ada perwakilan dan muktamar akan menyentuh isu-isu sebelum ini, Mahfuz menjelaskan PAS akan melihat dari sudut tindakan Umno dan BN memanipulasi isu tersebut.

“Saya tidak melihat isu Nurul Izzah akan disentuh … tapi kita akan sentuh bagaimana Umno-BN memanipulasi isu tersebut,” katanya lagi.

Sementara itu, Datuk Harun Taib melihat tiada keperluan untuk PAS membincangkan isu individu dalam acara perhimpunan tahunan mereka itu.

“Antara intipati ucapan presiden seperti yang kita telah jangkakan adalah untuk bekerja secara berstrategi bagi menjatuhkan BN dalam PRU 13.

“Perkara-perkara kecil seorang insan dan individu tidak akan dibincangkan kerana ini adalah perhimpunan tahunan parti,” kata Ketua Dewan Ulama PAS.

 

Muktamar Tahunan PAS diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan dimana semalam telah berlangsung bagi Dewan Pemuda dan Wanita akan diteruskan pada hari ini dan akan berakhir pada 18 November.-TMI

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: