//
you're reading...
Pendapat / Opinion

Tolak katak politik

Penulis pernah terserempak dengan seekor katak ketika melalui sebuah kawasan paya tidak beberapa lama dahulu.

Wajahnya cukup hodoh manakala saiz badan katak itu pula agak luar biasa berbanding katak biasa. Kelihatan ketika itu, katak tersebut sedang menunggu untuk memerangkap mangsa.

Mujur, katak tersebut tidak merasa terancam dengan kehadiran penulis di kawasan berkenaan. Malahan, katak itu seolah-olah reda dengan kehadiran penulis.

Haiwan yang tergolong dalam keluarga amfibia itu mungkin tidak sehebat harimau bintang mahupun seekor cheetah…namun sekurang-kurangnya ianya mampu berdiri sama tinggi sebagai seekor haiwan yang digeruni…tidak seperti segelintir katak-katak lain yang tidak bermaruah dan berintegriti.

Katak yang dimaksudkan penulis merujuk kepada katak politik yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Katak-katak politik ini nampaknya lebih rela menghambakan diri mereka dengan elemen kekayaan, kuasa dan pengaruh bagi meningkatkan mobiliti sosial.

Mereka juga tidak mempunyai rasa malu di atas tindakannya sebaliknya percaya ianya adalah cara terbaik untuk mencipta kejayaan. Soal prinsip dan ketepatan pada janji hanyalah retorik semata-mata.

Apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Jelapang, Datuk Hew Yit Foong mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi berkenaan di bawah tiket BN, ianya bukan sesuatu yang mengejutkan. Sebagai seorang pemimpin politik, godaan untuk melepaskan jawatan dan pangkat terlalu sukar untuk dilakukan.

Cumanya, apa yang mengejutkan ialah keberanian ADUN Jelapang itu untuk meminta bertanding di kawasan terbabit di bawah tiket BN. Apakah hak YB Yit Foong untuk menuntut supaya membenarkan beliau bertanding di bawah tiket BN?

Malah menurut Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, persoalan untuk membenarkan Yit Foong bertanding di bawah tiket BN tidak pernah dibangkitkan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Oleh itu, dimanakah kewajaran YB Yit Foong untuk menuntut hak sedemikian? Yit Foong perlu ingat bahawa dirinya sudah pun mengkhianati mandat dan kepercayaan  yang diberikan rakyat pada PRU 2008 lalu dengan berpaling tadah menjadi wakil rakyat Bebas.

Beliau juga harus berpijak pada bumi nyata dan menerima hakikat bahawa imejnya sebagai seorang figura awam sudah pun tercalar ekoran tindakan itu. Tuntutan  untuk bertanding di Jelapang di bawah tiket BN seolah-olah memberi gambaran Yit Foong sedang cuba mendapatkan “political bargaining” dan menggambarkan dirinya seorang calon yang boleh menang.

Mujurlah Soi Lek tidak termakan dengan  hujah tersebut. Soi Lek dilihat mengambil pendekatan berhati-hati dalam isu ini kerana sebarang salah langkah akan mengundang padah yang serius.

Jelas, ianya adalah satu keputusan yang tepat daripada Soi Lek. Tidak ada jaminan kukuh bahawa selepas ini ADUN Jelapang itu tidak akan berubah hati. Sememangnya sukar untuk kita semua menduga tindak-tanduk pemimpin politik. Kebanyakan tindakan berkisar kepada motif politik. Dalam sekelip mata, mereka boleh berubah. Berubah sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya.

Oleh itu, setiap parti politik harus berwaspada dengan kewujudan katak-katak politik yang dimaksudkan. Katak-katak politik ini ibarat barah yang boleh merosakkan reputasi dan nama baik profesion kepolitikan. Sering kali orang ramai melihat politik sebagai sesuatu yang menjijikkan namun apa yang membuatkan politik itu jijik dan kotor ialah si pelakunya.

Kepada parti-parti politik baik di pihak pemerintah mahupun pembangkang, pemimpin-pemimpin politik sebegini tidak seharusnya mendapat tempat. Rakyat pula perlu menghantar mesej jelas dengan menolak katak-katak politik pada PRU akan datang.

Selagi prinsip dan integriti mereka terus dipersoalkan, rakyat mempunyai pilihan untuk memilih pemimpin lain yang lebih bertanggungjawab selaras dengan aspirasi rakyat.-TMI-* Pandangan diatas hanyalah pandangan peribadi penulis.

About KLdaily

Paparan Berita, Pendapat, Rakaman Fakta, Gossip - Politik dan Sosial

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: